Wednesday, December 2, 2009

Walimatul Urus

Undangan ke Majlis Perkahwinan puteri kami pada hari ahad, 13 Disember 2009 di alamat no15, jalan 3/1, Taman Chengal, 28000 Temerloh, Pahang.

Semoga dengan kehadiran kalian dapat memeriahkan lagi majlis ini

Sekian, terima kasih

Saturday, April 18, 2009

Pantang Mengalah

Asalamualaikum, kembali bertemu rakan blogku PPGB Kohot 5 Upsi, kini aku mengguna nama Mama panggilan untuk Pengerusi Asrama salah seorang ahli EXCO dari 15 orang di MPPM 1980-1982. Dalam blog pertama saya telah berlaku sedikit masalah yang menyinggung perasaan individu tertentu dalam sebuah organisasi yang telah cemerlang maka komen2 yang dilemparkan ditakuti menjatuhkan reputasi organisasi, saya telah berdepan dengan ahli organisasi terbabit dan menjelaskan tujuan penulisan blog saya dan memohon maaf kepada semua ahli terlibat dalam satu mesy. khas. Seandainya saya tidak mempunyai kekuatan berdepan dengan tekanan dan stress mngkin dengan peristiwa yg menimpa diri saya boleh menjadikan saya jatuh sakit atau hilang arah untuk berdepan dgn semua orang di hadapan saya dalam melaksanakan tugas baru saya di sekolah yang masih baru 4 bulan saya di sana. Namun kpd allah tempat mengadu memohon taufik dan hidayah agar apa yg berlaku tidak mengganggu kometmen kpd tugas dan keyakinan diri ranjau dan duri yang pernah dilalui sejak 1982 bergelar guru sehingga kini menjangkau usia 27 tahun guna stensil kini guna komputer dan mesin fotocopy amat senang guru masa kini. Kesusahan dan kesulitan yang dialami menjadikan kita boleh berdepan zaman susah dan zaman moden yang lebih canggih, berdasarkan itu saya tidak akan mengalah untuk terus berkhidmat dengan semangat seperti baru mula berkhidmat dahulu......yang mana kini saya akan terlibat dengan Kelas Kedap sebagai salah seorang tenaga pengajar mulai 20/04/09 setelah berkursus di IPG Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis. Pengalaman baru buat saya kerana akan mengajar Kelas Dewasa Orang Asli yang amat cintakan ilmu, sambutan amat menggalakkan....mereka bersemangat untuk menguasi 3M dan bersedia utk berubah serta menerima perubahan. Kini kelas telah bermula sejak 13/03/09 dgn 2 pengajar lain....seronok mereka belajar, datang awal dan kehadiran penuh 25/25 setiap hari.