Wednesday, June 23, 2010

KURSUS NKRA 22/06/2010 - 23/06/2010

Dalam kesibukan mengurus rumahtangga ,makan minum suami dan anak-anak aku ke hospital along di rawat kerana masalah pendarahan sejak sabtu 19/06/2010. Sabtu aku gagahkan juga ke kebun menanam pokok gharu. seronok cik abang aku ,hakim dan angah menolongnya pada hari ini. Ahad aku ke pekan sari membeli belah lauk pauk untuk anak2 yang akan ditinggalkan.
Siapkan makanan untuk along jam 1.00 aku terus ke hospital dan siap sedia untuk terus balek ke Melati. Jam 2.00 aku bergerak dari hospital, oleh kerana perjalanan banyak kereta aku sampai agak lewat jam 4.00 ptg. Aku berkemas untuk ke Rompin , bergerak jam 5.30 ke Muazam dan tiba jam 6.15 ptg. Cigu Normah GB SK Aur telah menunggu untuk bermalam di rumahnya di Bukit Ibam. Semalaman aku tidak boleh melelapkan mata ..badan diserang gatal-gatal.....aku resah mendengar dengkoran Cikgu Normah sehingga subuh.........Jam 6.30 pagi kami bergerak ke Rompin dengan keretaku sendiri alhamdulillah kami selamat sampai lebih awal lagi................

Wednesday, June 16, 2010

16/06/2010 Ke SK Rompin

15/06 aku membuat persiapan utk masakkan ikan patin buat Ani, Mlm gangguan tidur j1m 1.30 pagi kia panggil minta tlg org rumahnya diganggu ,,,,ketakutan pindah ke rumah Li ...aku nyatakan esoklah selesaikan masalahnya....lepas itu aku sukar tidur............tak tau bila aku terlena dlm keadaan resah sakit dada akibat makan nangka dan minum nascafe mlm sakit luluhati yg menakutkan aku krna keseorangan..syukur ada bio sirih & antik digosok akhirnya tidur shgga 6.20 pagi bersiap utk ke rompin. Agihkan lauk utk ani dan mangkuk tingkat untuk pekerja pembersihan prmpuan....letak di bilik masak...

8.30 bergerak ke Rompin di pandu Sal...bersembang menceritakan pengalaman sendiri dan memasukkan suntikan motivasi agar dia pandai menyesuaikan diri di tempat baru...sesekali dia berkata mungkin tiada bahagia lagi buat dirinya aku memberikan kata-kata perangsang dan semangat supaya ape2 yg dilalui dalam kehidupan adalah untuk diberi ganjaran yg lebih seandainya kita redha dan bersyukur dengan segala kebaikan yg dikurniakan allah. Smpai di sekolah 2.00 ptg ptg aku dah tak larat nak ke pejabat.
Petang Normah aur telefon bersembang panjang Isnin 20/06/2010 -22/06/2010 akan ke kursus di Rompin .

Thursday, June 10, 2010

cuti pertama pertengahan Semester 2010

4/06/2010 bermulalah cuti pertengahan semester, 03/06/2010 KMK akhir sblm cuti panjang lebar untuk mengigatkan t/jawab semua. En Z gpk 1 mbtangkan UPSR, En H HEM laporan SBT 36 orang berjaya diluluskan KPM, En J tiada lapoaran ape2, begitulah keadaan dia dgn delima dirinya sendiri, perpindahannya tak berjaya. Aku sendiri mgucapkan slmat pindah kpd yg berpindah, mudahan dpt pglaman baru, slmat dtg pda Isteri Ruslizan, selamt pindah Pn Slya dan Pn Hafizan ke Trganu. Yang pasti teruskan tugas dgn cemerlang krna kita memilih utk jadi guru bkan ditawarkan utk jdi guru . Smoga sucsess selalu dalam perkhidmatan................

04/06/2010 Jamuan perpisah , perbarisan dr murid serta berselawat dan bersalaman dgn guru yg perpindah, makan t/gahari ,ucapan pengerusi kelab, ucapan guru berpindah, ramai dikalangan guru perempuan dan pekerja perempuan menitiskan air mata......sedih nak berpisah dgn sahabat dan pilu dgn nasib Cikgu S yg di hantar makin jauh ke Rompin , sedih buat sahabat yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga..........moga dia akan tabah menghadapi cabaran di Bandar Rompin yg blm pernah dijejakinya.....aku akan hantarnya untuk lapor diri pada 16/06/2010.........semoga dia tabah menempuh ranjau dan duri kehidupan.......................

Wednesday, June 2, 2010

LEPS MEMOTIVASI GURU

KMK 03/06/2010 (KHAMIS 1.30-2.30 PTG)

PERINGATAN TGGJAWAB GURU:
1. MENEPATI MASA DTG DAN MASUK KELAS
2 KEWAJIPAN HADIR DI MAJLIS SEKOLAH - T/H BERSEBAB & TANPA SEBAB.
3. LEPS : LOVE; GURU SAYANG MURID MURID SAYANMG GURU- KUATKAN SEMANGAT GURU DLM MENDIDIK.
ENJOY: SERONOK BEKERJA DNGAN HATI GEMBIRA- OUTPUT BAIK
PROUD: BANGGA - DIMENJADI ORG DIPERCAYAI/BOLEH DIHARAP; KEPUASAN DIRI
SINCERE; IKHLAS GAJI HALAL MENDIDIK ANAK BANGSA
JADI SEPERTI LAUT TAK RELEVEN SPT LILIN; GURU MENGORBAN DIRI SAKIT MSLAH ORG MSALH KITA; LAUTAN BANYAK SAMPAH,NAJIS DAN BANGKAI TETAP SUCI DAN MENYUCIKAN.
LAUT - SEMUA AIR SGAI TAWAR MASUK AIR LAUT TETAP MASIN..BAGAIMANA PUN IKAN DI LAUT TETAP TAWAR...........BEGITULAH GURU BERKORBAN DEMI ANAK BANGSA KERANA GURU TETAP GURU.

kEPUTUSAN YANG MENGECEWAKAN

Setelah ke JPN 01/06/2010 aku menunggu panggilan dr Unit sek rendah tentang keputusan pertukaran Pn S. Dri pagi aku hanya keluar sekejap2 dr pejabat, jam 10.30 aku ke kantin menjamu selera nasi ,ikan goreng, sayur labu masak lemak dan sambal bacang bergegas naik. Baru beberapa minit pgilan untuk GB,,,aku begitu kecewa apabila keputusannya amat mengecewakan...kedua2 rayuan tidak berhasil...ke Pineng gagal utk ke sek berhampiran juga gagal.........aku termenung mengenangkan nasib Pn S yg terpaksa melalui getir kehidupan sendirian atas kesilapan percaturan membuat keputusan dalam mengejar cinta yg tiada memberi apa2 erti malah menjadikan kehidupan ini melalui kepahitan yg sukar diatasi dgn tangisan air mata darah sekali pun...........mungkin itulah takdir namanya......setiap yg dilalui ada hikmah dan pengajarannya. 8.00 selepas maghrib aku teringatkan Pn S, nyata sekali dia sedang menangis..........aku turut sebak dan tidak dapat meluahkan kata2 buat seketika.....akhirnya aku dapat memberi kata2 agar dia tidak terlampau ikutkan perasaan .......sanyangilah diri sendiri demi kehidupan bermakna di masa depan.........bila suaranya telah mula tenang dgn ucapan trima kasih drnya kami menamatkan bicara..........aku terasa lega .........kerana katan dia OK...alhamdulillah.

Tuesday, June 1, 2010

Kerja keras utk selesai msalah

31/05/2010 En Ramlan mengejutkan aku, menempat Pn S di SK Rompin, ani maklumkan surat dah ada di SK Rompin. Jam 3.00 En Adan Pn.Pengarah Unit SR telefon , nasihatkan cuba buat laporan polis utk skong pertukaran ke luar negeri. Jam 4.00 ke balai polis Melati selesaikan aduan.

01/06/2010 ke JPN hantar laporan . Pedawai (en. zainol mesyuarat tggu pkl 1.00 jumpa dan bincang . tangguh jam 2.30 EN.Adnan akan hubungi GB pda 2/06/2010 bila keputusan KPM diselesaikan. Balek jam 5.30 smpai. sempai tunaikan cek di Muadzam . Cek PIBG gagal ditunaikan.