Tuesday, August 24, 2010

Tersiksa di Ramadhan 201

Kejemuan dah mula melanda diriku, setiap minggu berulang-alik ke Temeloh dan Ke Melati , datang dan pergi memandu sejam setengah sekali perjanan untuk sampai ke sekolah. Sampai di rumah terus menjalankan keja2 rumah ,mengemas, membasuh , memasak dan lain-lain. Kadang-kadang tersa luluh seluruh anggotaku ini. Tapi aku bersyukur kepada allah walaupun terasa kesakitan ditangguh hatiku puas dapat melaksanakan urusan tersebut.
kadang kala aku rela balik subuh demi menyiapkan keperluan makan minum suami dan anak-anak. Tapi termampukan aku berterusan begini... malam bersendirian di rumah sewaan usangku. Sekali lagi bila ku renungkan aku juga kena bersyukur kepada allah ....kerana semuanya atas kehendaknya belaka.....Aku yang membuat pilihan mengisi borang unutk jadi GB. Kadang-kadang terasa jemu menguruskan keja2 sbg GB ini. Aaku biasa dgn kesibukan cara aku sendiri.....Kini masa ku terbatas untuk diriku sendiri...aku perlu proaktif memikirkan semuanya. Tak duduk di kerusi ini aku rasa bersalah kerana dah banyak menghabiskan masa belajar dan akan mula menikmati gaji yg lebih besar hasil pengorbanan suami, anak -anak malah diriku sendiri yang berulang azlik dari SK Kuala Medang, SK LKTP J engka 24 dan Penderas. Kini aku sebagai GB SK Melati telah 8 bulan berlalu.
P elbagai ranjau ,isu yang aku dah tempuh,untuk melonjakkan pencapaian UPSR Thn 6 aku kena banyak bersabar dgn pelbagai situasi dan katagori keperibadian guru yang ada. Hanya allah sahaja yang tahu ....sikap segelintirnya yang amat susah untuk berubah ke sikap yang membanggakan dalam aspek p&p dan diiplin diiri.......kalau boleh diundur jadi guru biasa pun ada banyak hikmahnya.....bila duduk di tangga ini nikmat ada di mana-mana tangganya jika kita sabar dan redho.....aku serahkan diriku padamu ya allah.....

Sunday, August 22, 2010

22/08/2010 Kak Bedah Kembali Kerahmatullah..

Dapat berita beliau di ICU, kerana kesibukan semasa aku tidak berkesempatan untuk pergi ziarahnya. Selepas solat duha aku terkenangkan kak Bedah.......harapanku tipis untuknya bertahan bermain difiranku mungkin tidak sampai raya..Selang beberapa ketika aku mengemas telefon berdering....Tijah Zakaria menelefon menyatakan Kak Bedah dah kembali ke rahmatullah. Aku bersiap untuk ke Melaka....jam 1.00 bergerak ..kenderaan agak sibuk kadangkala keadaan cemas disebabkan sikap pengguna jalan raya yg tidak bersopan...sampai jam hampir 4.00 ptg aku selamat sampai dan majlis tahlil dilaksanakan solat jenazah baru ke kubur..selamat urusan jam 6.00 ptg.

Monday, August 9, 2010

PELBAGAI PERISTIWA DLM SEMINGGU

05/08/2010 Hari Khamis jam 12.30 tgh Rumah murid 3 buah ranap sekaligus dlm kebakaran di Kg Melati, kepulan asap tebal menarik perhatian seluruh warga sekolah sehingga menggagalkan P&P diteruskan. Guru ramai bergegas ke tempat kejadian , aku mengawal murid sehingga guru KAFA baru berpeluang ke tempat kejadian, berada di lokasi sehingga 8.45 mlm.Balik makan di sekolah sempena solat hajat...keletihan........

06/04/2010 berada di lokasi penempatan di rumah cikgu Rokiah sejak pagi kehadiran pelbagai skuad bantuan, Aamanah Ikhtiar, Skuad Sayang Umno, Kebajikan Masyarakat, guru-guru dari Rompin dan paling di nanti Adun Muazam YB Datuk Safri. Melawat tempat kebakaran dan tempat penginapan baru mangsa kebakaran. Selesai makan jam 1.30 aku balek ke rumah. Bertolak balek ke tloh jam 2.00 ke bank RM 1.000.00 untuk angah bayar PTPTN RM 1500.00 untuk bayar kereta ,deposit rumah dan tikar getah rm 120/upah 20.00 tlg pasangkan.

o7/08/2010 Keletihan masih terasa kena ke Kuantan menghantar angah periksa di Integrasi Kuantan..ke Teluk Chempedak...teringatkan abang Nordin call , garang suaranya..tanya berada di mana nyatakan ingin bertemu dgnnya di Integrasi, aku bergegas ke Integrasi dari Teluk Chempedak ,jam 11.00 dia dtg dgn kereta barunya.. kami bersembang sehingga 12.25 angah selesai dan dia perlu mengambil anaknya tuisyen kami berpisah setelah bertukar buah..dia rambutan dan aku berikan dokong yg dibawa.

Malam ke Hotel Sri Malaysia jamuan perpisahan ramai staf tak hadir aku faham klu Raman th kerana orang rumah dlm berpantang tapi beberapa yg lain ke mana ye....? yang dekat pun tak sudi hadir dah 2 kali program dianjurkan spanjang aku di Pdrs dia tetap tak ada.....tak apelah...itulah realiti kehidupan pada kita...ada orang suka dan ada sebaliknya.

08/08/2010 aku ke Melaka begitu lama tidak menghala ke Bandar sibuk dan keliru tentang perubahan jalan sampai jam 3.00 ptg . Jumpa Abg Karim duduk kemudian 6.00 ptg ke bukit cina tengok anak Mat .Balek smpai melati 10.15 mlm.

09/08/2010 Pagi jam 9.00 pindahkan barang ke rumah sewa. Mula mlm pertama di sana dhn pelbagai cabnaran...letrik tendang...paip tak buka kunci air kering ,...getah tak ada semua ku lalui dengan taaabah ke sekolah 6.45 ....tq buat makcik sudi menjenguk dan memberikan nasi goreng untuk makan malamku yg mana pd mulanya aku ingin mengosongkan perutku....

Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM LAWATAN GURU-GURU BESAR

Hari ini 3 org sahaja GB-GB Zon Bandar Tun Razak berjaya memenuhi pelaksanaan Program Lwatan Cakna UPSR ke sekolah -sekolah di zon Bandar Tun Razak. SK Melati adalah sekolah pertama yg dilawati. En Mat Seman GB Keratong 3 paling awal tiba jamm9.00 pagi, ketika itu aku berada di 3B Kelas Muzik,,,,aku menulis seni kata lagu Anaklah Ayam dan menyanyikan lagu tersebut supaya murid dapat iramanya....kemudian aku bergegas ke Tapak perhimpunan .Cikgu Hamdan diamanahkan menyambut tetamu tersebut sebelum ketibaanku..beberapa minit kemudian En Samidi GB Keratong 2 tiba bersama Pn.Wan Gayah GB Keratong 5& 5. Kami ke kantin menikmatan sarapan pagi terlebih dahulu memandangkan jam 11 kami akan ke SK Bukit Serok GB nya tidak dapat hadir kerana isterinya masuk wad di Muazzam kerana radang hati pada subuh tadi.

Aku memulakan majlis dengan tanpa banyak celoteh kerana murid dah selalu benar menikmati sajian halua telinga dari aku.....dimulakan dgn Pn Wan Gayah mengigatkan tentang tarikh UPSR yg hanya tinggal 48 hari dihitung cuti dibahagikan dgn 5 mata Pel hanya tinggal 6 hari bagi setiap m/p......bagus juga motivasinya....Lepas Pn. Wan Gayah, En Samidi GB Keratong 2 mengigatkan tentang keredhoaan ibubapa dan guru dlm menempuh hidup ini....selepas En.Samidi giliran EnMat SemanGB yg kepalanya dah banyak tak berambut...dari Jerantut....Dia bertanyakan jumlah anak mata tangga yg ada di tangga sekolah.........mengaitkan dengan tangga laluan UPSR murid2 baru nak mula nak melangkah..........
Jam 11.00 kami bergerak ke Bukit Seruk disambut oleh GPK 1 Tn.Haji Nodin ,Pn Jamiah GPK KO dan beberapa guru, 40 calon 2 dah boleh dpt 5A , aku memberikan motivasi pengalaman di SK Penderas utk jadi sek asli cemerlang ....mereka tidak mustahil semua kemudahan sama tiada bezanya....12.00 tamat untuk ke dapur asrama makan tgh hari ok masakannya dan layanannya bagus dr tukang masaknya....jam 1.30 aku baleh membawa beg ...di sek ku aku tidak menyediakan apa2............matlamatnya pogram bukan hadiah dan ganjaran tiada duit semuga semua faham GB2 ,,,kita sama aje ............vitamin krg. Esok aku akan ke Bank dan hospital....

Sunday, August 1, 2010

KEHADIRAN WARGA MELATI KE RUMAHKU 23/07/2010

KAFA SK MELATI berjaya mewakili Zon Muazam ke Peringkat negeri yang akan berlangsung di Sek Agama Felda Lakum. Seramai 13 orang murid terlibat sbg peserta,,,Semua murid dan ustazah Rusmani GB KAFA sekeluarga, Ustazah Zaitun dan Ustazah ?menginap di rumahku...Bersempena kehadiran En.Ohman sekeluarga ,Cikgu Yunus sekeluarga. Ust & Ustaz Anuar aku mengambil kesempatan mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil bersama warga surau Taman Chengal. Alhamdulillah bemenukan ikan patin tempoyak, rabu sambal,ulam petai,ikan kering rezeki yg dihidangkan membuka selera warga yg hadir. Sarapan pagi aku memesan nasi lemak dan meehoon. Setelah mereka berangkatn ke Lakum aku dan abg aji tidur, merehatkan badan yang keletihan namun aku seronok melaksanakan aktiviti itu............syukur aku pada allah dgn kerjasama jiran berhampiran semua berjalan lancar...Amin

1HB FEB KINI 1HB OGOS

Kini genap 6 bulan masuk bulan ke 7 aku bergelar GB di SK Melati. Pejam celik pejam celik ke Temerloh dan Melati setiap minggu. Minggu ini balek ke Temerloh Jumaat sekadar melepas rindu melihat anak dan rumah pagi sabtu jam 8.00 pagi bergegas balek ke Melati untuk membawa Cikgu Muhammad Gau ke Bengkel menjawab BM UPSR di sekolah aku. Di perjalanan singgah di Restaurent Anjung Bera untuk sarapan pagi.....sampai di sekolah tepat jam 10.00 pagi, slot BM akan dimulakan jam 10.30 pagi. Berehat sbntar di pejabat , bersembang tentang SK Gau yang melaksanakan solat Hajat di Padang ...ada juga benarnya elok juga diikuti untuk membawa murid Thn 3,4,5, dan 6 serentak setiap Jumaat. Memeberi murid minuman doa sblm peperiksaan dijalankan juga ada baiknya untuk murid yakin akan pertolongan allah semasa menjawab soalan peperiksaan....insya allah sumber kewangan akan dicari untuk dilaksanakan hajat itu.
Pagi Ahad jam 8.00 aku ke sek. duduk di bilik memasak bersama pn.Rosni, Zaini dan Fatimah,,cuma Makcik tak dtg kerana mgkin sibuk...pekerja pembersihan yang amat komited dan ringan tulang. Nasi goreng telah dimasak oleh Pn.Mahani yg begitu gigih menjalankan kerja2 memasak bila ada aktiviti sekolah...selain beliau Pn. Oslina yang anaknya 3 orang tak menjadi alasan untuk menerima tggungjawab itu...Pn Siti Zubaidah,Pn Norhayati,Pn Norhasliana, Pn Julida, Cik Tn Azizah, Cik Anita dan Pn Wan Roziati. Inilah guru-guru SK Melati yg amat komited tentang tugas mereka....agaknya itulah rezeki aku yg juga spt mereka tidak berkira untuk murid dan sekolah maka dapat juga guru-guru yg sedia berkhidmat seperti yang pernah aku lakukannya semoga semua diberkati allah ,
Kini aku telah melahirkan lagu sekolah dan telah mula dinyanyikan pada perhimpunan 19 julai 2010. berbunyi: SK MELATI SEKOLAH BERWAWASAN
TEMPAT KAMI NENUNTUT ILMU
DEDIKASI PENUH ILTIZAM
UNTUK MAJU MAJU DAN JAYA
WARGA MELATI SUDAH BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT SETIAP MASA
MELATI MAJU JAYA (Ulang 2 X)
Pabila ditanya untuk pendapat warga sekolah mereka kata ok...maka kekal lagu itu adalah lagu sekolah melati yang amat dikasihi seluruh warga sekitarnya.