Saturday, March 27, 2010

Jumaat ke PPD

Jumaat 26/03/2010 jam 8.30 bertolak ke PPD dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan.Aku atur kerja dengan teliti demi menjimatkan kos perjalanan yang jauh. Secara kebetulan Abang Aji ada urusan di Pejabat Tanah Rompin, maka aku mengambil kesempatan untuk turut serta bagi meninjau PPD yang aku jejaki hampir 9 bulan berlalu. Aku ke pondok jaga ambil Pas masuk lantas terus ke kaunter mmenyerah surat, aku dihamiri kaktangan pejabat memberitahu perlu menghantar markah Linus pada hari ini juga melalui e-mail ke PPD. Aku menyatakan hari ini guru linus cuti. aku menelefon En Zuraidi. Kami menuju ke Muazam aku meneruskan tugasku ke Maybank menghantar permohonan buku cek dan memasukkan wang yuran seorang murid. Selesai di bank aku ke pejabat pos dan JBA kedua2 urusan gagal.
setelah selesai aku bertiga kegerai makan mak bedah,...ramai pelanggan aku masih kenyang hanya membukus untuk aku dan ani. Aku menelefon ani makan bersama dirumahku abang aji bersolat jumaat....JAM 2.30 aku ke Pejabat untuk meninjau kerja penting jika ada. Keadaan mengizinkan aku untuk bekejar ke JBA Temerloh bayar bil air alhamdulillah kerana bayaran dengan cek aku boleh membayarnya. Lihat jam 4.45 aku tak sempat ke Mentakkab bayar bil telefon aku mengambil keputusan mmembuat e-filing . maka selesailah urusan tersebut.
Aku balek dengan kepenatan terus relex kerana masih cuti sejak 20.03.2010 hingga 27 masih cuti...............Ahad aku ke kebun tanam pegaga lepas itu singgah di rumah ayah...Minah bayar janggut Adam RM 100.00....................Hadi 2 hari tak balek buat jualan janggut Adam aku doakan dia berjaya dan anak2 yang lain turun mengaur langkah untuk menuju Kejayaan..........

Thursday, March 25, 2010

Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran

Bosan memikirkan keadaan perlantikan DG 34 dan DG 41, entah ape yang akan diperolehi....sejauhmana aku akan mengekalkan jawatan GB,,,,,ikutkan hati biarkan saja tak payah fikir apa diterima ambik aje janji hutang tak ada semasa belajar. Aku redha aje dengan apa yang akan diperolehi nanti itu semua takdir...............

Monday, March 22, 2010

TAKLIMAT ABM KALI PERTAMA 22/03/2010

Jam 8.00 aku dihantar suami ke SK Bandar Tun Razak, tiada GB2 sek lain aku terus ke kantin bersarapan. Beberapa ketika tibalah GB2 lain untuk bersarapan. Taklimat di tingkat 3. Aku gembira bertemu GB di 22 sek lain di Daerah Rompin, aku diucap selamat datang oleh En Ramlan Fasilitator yang begitu garang bunyinya dalam memberi taklimat,....dia berkata guru besar baru jangan terkejut dengan caranya......seperti tidak mengambil kira perasaan GB2 yang tahap ICTnya lambat dalam mengikut sesi taklimatnya.....aku berbagai masalah ..debaran takut tak dapat menyiapkan kerja berlegar difikiran kerana ada2 aje problem pada data axsess namun aku tetap tekun dan sabar membuat sendiri kerja disamping bertanya GPK kg Aur,,,,apabila ditunjukkan kepedanya tiadalah kesalahan yang ketara..jam 1.30 aku sampai kembali di Melati.

Jam 3.00 aku ke pejabat, bersembang dengan Ani PT dan Suraya Pra tentang pembelian bahan PRA, carta dan bil bernilai RM 1,500.00 LEBIH oleh En.Hafizan Cikgu Pra, aku mengigatkan agar bil diselesaikan secara berhemah.....elakkan penyelewengan dan salah guna kewangan Kerajaan.

Jam 5.00 ptg ke pondok Jaga ,,,,,,,tanya masalah yang timbul rentetan aku menyatakan pada Abi nak kerja..kerja tak nak kerja berhenti....Pak rahim terkilan kerana Abi menyatakan hal tersebut di khalayak ramai di Masjid pada hari Jumaat 19/03/2010......Aku jelaskan punca percakapan kerana dari Pak Guard sendiri kata nak berhenti masalah gaji.........Aku mengigatkan mereka marahkan nyamuk jangan kelambu dibakar.............baiki diri buat yang terbaik pasti gaji haaaaaalal...............jam 5.20 baru balek.

Mlm telefon AZIAH masalah borang penerimaan KWAPM ...........Baca blog aku tak kuasa nak fikir soal perlantikan DG 41 ATAU gb 34 ..................yang pasti aku redha tanpa jawatan GB JANJI AKU BAHAGIA DI MANA2 DI BUMIMU YA ALLAH..............DENGAN REZEKI YANG ENGKAU REDHO.......................AMIN.

Thursday, March 11, 2010

mesyuarat pibg di sk melati

Tanggal 10/03/2010 taklimat maulidurrasul dan mesy.agong PIBG dijalankan jam 1.15 - 2.30 ptg. Petang bersama Cikgu Nana ke Muazam cash cek sukan. RM 1800.00 sumbangan dan pinjaman dari PIBG untuk hari sekan sekolah. Selepas makan kami ke Tunas nmanja shopping ,balek ke bilik rawatan..bersama Nana dan Mahani. Malam aku tidur awal.

Hari ini YB tak dapat hadir. Penghulu di jemput bersetuju untuk hadir,Aku ke kantin, Cikgu Hadri menyatakan Pengurus Ladang Dawn bwersetuju untuk datang,,,aku diminta buat keputusan samaada nak pilih mana satu, aku bertanya pendapat ahli yang ada mereka sebulat suara bersetuju pengurus ladang Dawn akan dipanggil. Mesyuarat mula agak lewat jam 3,15, ahli lambat membuat cadangan dan sokongan ke atas perlantikan dan respon agak lembab,

Tiba masa perlantikan pengerusi sementara ,aku dilantik ,namun di atas kurangnya pengalaman aku mnegambil kesempatan untuk mendapat persetujuan ahli melantik kembali Pengerusi lama En Othman sebagai Pengerusi sementar....aku bersyukur ahli sebulat suara bersetuju,,,,Perlantikan baru bermula dengan merujuk senarai nama AJK lepas dan perlantikan Pengerusi dan pencatat sementara dilantik ahli lain pun bermula sehingga habis. Selepas itu me
mbahaskan usul dan cadangan dijalankkan, sehingga selesai agenda mesyuarat .Agenda penutup diteruskan dengan aku GB berucap..aku berpuashati dpt berucap dgn baik tanpa melihat teks ucapan yang didraf. Penupan jam 6.00 tamat minum blek jam 6.50 mlm.
Kesorangan Abanh Haji telefon mmemberitahu keputusan Arina sekali fikir aku kecewa dengan keputusan yang diperolehi Hadi....anak cikgu mahani mendapat 5a ,Hadi 1a pun tak ada...nmun aku kena redha dan pasrah dengan dugaan ini.......aku seperti gagal mendidik anak untuk berjaya dengan cemerlang.....namun aku tidak menyesal segala kemudahan diberi dan disediakan namun dia sendiri gagal berdisiplin untuk mencemerlangkan dirinya sendiri,.....

Thursday, March 4, 2010

ACARA MERENTAS DESA 04/03/2010

Kali pertama aku sebagai GB menjalankan acara merentas Desa SK Melati. Acara dimulakan lewat sebab cuaca terlalu panas. Syukurlah semuanya berjalan lancar ,,semua selamat.
kami habis bersurai jam 7.00 mlm selepas minum ptg. Guru seronok ada jamuan minum sebelumnya tak ada.

Jam 2.30-3.15 semua staff sempat mendengar taklimat KGMMB tentang kebajikan guru menerusi program yang baru ditaja demi kebajikan guru ketika kritikal menghadapi rawatan dan kemalangan.

Hari ke 16 ini aku seronok meneruskan kerja2 di SK Melati, menyatakan pd Pak guard dan pekerja pemdersihan supaya boleh bekerjasama membina pondok jaga secara bergotong royong an sedikit duit air akan diberikan melalui permohonan ikhsan PIBG ,aku kecewa tak dapat respon positif...pun...alasannya suruh diambil kontrak aje untuk membinanya...tak taulah bukan senang orang nak membanting keringat demi menjayakan agenda mmemajukan sekolah.
Aku kena banyak sabar manalah tahu fikirannya akan berubah ...................

Wednesday, March 3, 2010

PACUAN KECEMERLANGAN SK MELATI

1. Mempastikan guru-guru komited dengan tugasan P&P harian dan kelas Tambahan dengan hati yang ikhlas,,,,,,tiada tekanan , budaya menepati masa perlu diterapkan,demi kebajikan murid dijamin memuaskan.
2.Bekerja dalam 1 kumpulan, kegagalan dan kejayaan milik bersama.Budaya kesepunyaan dan kejelekitan organisasi disemadikan disanubari warga SK Melati.
3. Menyediakan kemudahan buat guru untuk P&P mengikut kemampuan sekolah.
4. Dapat bertindak dengan cepat untuk memenuhi permintaan pihak atasan.
5. Menjadikan teguran dan penyeliaan sekadar tugas harian pihak pentadbiran.
6. Merapatkan hubungan dengan komuniti dan PIBG.
7. Meningkatkan Kurikulum.Kokurikulum dan 3K SK.Melati tanpa mengganggu tugasan P&p guru di kelas.

BEKERJA TANPA TEKANAN , BERDAYA SAING , MURID DIDAHULUKAN DAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN...........AMIN. TARGET 14 ORANG 5A PERLU DICAPAI.
"BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH ,BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING, HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA DICECAH"

15 hari sebagai GB 03/03/2010

Setelah 16 hari duduk di kerusi GB jiwa saya tenang mengendaliakan urusan perjalanan sekolah. Walaupun pelbagai isu perlu untuk saya menyelesaikan saya berjaya menguruskannya hasil perbincangan dengan pihak terbabit. Antara isu-isunya ialah:-
1. Ketidakpuasan hati pekerja pembersihan kerana isu gaji yang tidak memuaskan hati, En,Mustafa hanya di bayar RM 390.00 untuk bulan Januari, tiada bekalan peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja harin,pembelian minyak petrol yang dibelikan dahulu bayarannya kurang apabila tuntutan dikemukan,
,
2. Isu Pengawal keselamatan - gaji dimasukkan krg bagi Feb.bayaran tertangguh ke bulan Mac.Panggil penyelia berbincang kerana Pengawal mengugut berhenti sertamerta jika tuntutan tidak dipenuhi......dapat diselesaikan atas tindakan segera & perbincangan.

3. Kertas kerja sukan sukoku diarah berbincang dgn GPK KO untuk mesy PIBG pda 5.3.2010 bagi kelulusan PIBG.

4. Pengusaha kantin bertindak menamatkan perjanjian kantin selepas cuti , digantikan oleh ipar Cikgu Lelehadri atas perbincanagan,

5. 3/3/2010 Kak Hasmah menelefon tanya khabar pengalaman jadi GB, nasihatkkan agar menerima tawaran ,....sebenarnya bagi saya yakin pada diri sendiri itulah faktor cabaran boleh dihadapi,,,,,,,,,,,,,,,,,,,bagi diriku walau terpaksa berpisah dengan suami dan anak2 tabah dan redho dengan kadha dan qadar allah.....semuanya ku hadapi dgn tabah,,,,,hubungan mesra aku dan warga pejabat menjadikan tiada masalah buat diriku sendiri di SK Melati sejak 16 hari berlalu.