Tuesday, May 18, 2010

Hai Jemunya menghabiskan masa sendirian.....

Kini menjangkau usia 3 bulan 2 minggu di Melati , kejayaan murid kafa membanggakan warga sekolah dgn 7 katagori di menangi. Kini SK Melati dipertanggungjawabkan menjadi tuan rumah peringkat daerah kafa . Pengerusi PIBG En.Othman dan Ustazah Rusmani berbincang tentang persetujuan untuk menjadi tuan rumah. Bagi menyahut cabaran aku bersetuju menerima tanggung jawab tersebut.

18/05/2010 membeli alat merawat kesihatan rm 799.00 ansuran 6 bulan.

Wednesday, May 12, 2010

BERITA SEDIH 12/05/2010

Aku sendirian , jam hampir 10,00 mlm baru nak tidur telefon brbunyi ,suara kak asmah aku mulanya seronok ingat dia nak bersembang , aku terkejut dia mengatakan aanak lelakinya yg no4 meninggal dalam latihan tentera kerana lemas. Aku menangis sendiri kerana teringat si bujang suka makan ikan patin masakan makcik lipah...kali akhir dapat lihat wajahnya ketika ke majlis kahwin anak sulung kak asmah,,,aku masak patin mungkin dia merasa makanan itu buat kali terakhirnya semuga rohnya dicucuri rahmat. Telefon abg aji cadang nak pi ziarah namun sekali lagi aku terperanjat cik abg memberitahu jiran se taman en mus tlh meninggal dunia cik abg sedang mengurusnya di hospital.........kesian anaknya masih kecil dah kehilangan bapa tercinta.....satu lagi payung emas buat wanita yg sudi berpoligami...jika itu takdirnya.......................membela janda yg perlu perlindungan suami..............aku terganggu tidur spg mllm esok 13/05/2010 akan mengadap PPD selesai isu 2 guru, memandu sendiri dlm keadaan batuk, selsema dan krg tidur ajak PT Ani pegi buat teman.Ambil APC Mat Sirat & Hasbullah berjayaaaaaaaaaaaaaa............ada calon dijanjikan kecewa tiada rezeki...apa nak buat.........Blek pggil cikgu S buat surat ikut draf PPD.....jumaat mengada En Zainureen ketua sektor urus pindah segera..........Jumaat ambil bahan audit

Saturday, May 8, 2010

AMAT MENGEJUTKAN

Pada 05/05/2010 aku diberitahu cik S tidak dapat hadir kerana ada apment doktor. Jam 8.00 aku mengadakan pemantaun ke kelaa s di tingkat 3 turun ke tingkat 2 terus menghala ke thn 1. Semasa di tingkat 3 aku nampak Pn M termenung di hujung koridor ,,, pada fikiranku dia memerhati pelajar di bawah......Tiba2 aku di sapa apabila bertembung dgnnya yang menghala ke thn 1 ,,Cikgu boleh saya nak jumpe ada hal penting,,,tiba di bilik saya dia minta izin pintu biliknya ditutup , tiba2 saya dipeluk dan cikgu M terus menanggis,,,,cikgu tolng saya....saya amat tertekan tak boleh fokus dgn kerja saya...fikiran saya terganggu.saya hanya memelok dan meminta dia bersabar dan ceritakan apa halnya....setelah dia tenang barulah saya meminta dia bercerita tentang suaminya telah menghwini cikgu S yang juga teman sekerja yang juga kawan rapatnya sejak 5 bulan lalu. Saya juga tergamam dan tak menyangka yang peristiwa begitu berlaku pada staf saya yg baru dikenali sejak Februari 2010. Kini saya terpaksa menyelesaikan kes tersebut demi kebaikan semua yg terlibat............