Thursday, December 23, 2010

21/12/2010 Unit Naik Pangkat

Jam 11.30 En Zulkifli Soh menanyakan tempat tinggalku..aku nyatakan di Taman Chengal dekat sekolah Tg.Lalang , dia membayangkan aku seperti akan di tempatkan di Skt sbg GPK 1, Aduh agak menyakitkan namun begitu aku redha yang pasti akun dapat balek ke Tloh kerana aku merasakan kesihatanku kini semakin terganggu..malam sakitnya sehingga menggangu tidurku. Jam 2.00 @ 3,00 pagi terbangun tak boleh tidur lagi,,,,,siangnya aku kena kerja aduh begitulah keadaannya.......Jadi tanpa gelaran gb tidak menyebabkan aku rasa terkilan ape yang penting aku dapat jaga kesihatanku.......
22/12/2010 seharian aku ke tloh dan mentakab mencari alat siaraya yang ingin dibeli...lepas zohor aku ke mentakab sambil bayar bil tel aku ke kedai stanmark auto accessories & video TV service di Mentakab dan berkenan dgn model berkenaan. RM 800.00 dapat set speaker dan microfon yang canggih untuk SK Melati. Walaupun aku penat ke sana ke sini namun aku gembira melakukannya demi dimanfaatkan oleh warga sk melati yang akan aku tinggalkan pada 1hb Jan 2011 nanti. aku relex di rumah sejak 21/12 ptg hingga 24/12/2010 namun aku masih mnjlkan urusan yang patut aku berekan.

Friday, December 17, 2010

16/17 Disember mula malas

Aku balek ke temerloh untuk memunggah barang.16/12/2010 menelefon sana sini namun membosankan untuk tahu sekolah kini aku bertekad untuk menunggu penuh sabar.....................

Wednesday, December 15, 2010

15/12/2010 (Rabu) aku pasrah

Ani menelefon jam 11.30 menyatakan dah sah dapat balek ke Jawatan Asal GPK 1 di SK Kolam.....aku tak sabar nak tahu di mana sekolah aku. Aku menelefon Tn.Haji Zulkifli Soh Unit Naik pangkat jawapannya mudah tengah cari tempat kosong di Tloh.....aku kecewa sebab seperti aku dipersalahkan kerana tidak menolak awal-awal lagi. Namun setelah aku menjawab aku telah awal lagi membuat rayuan pada unit sekolah rendah dia terpaksa akur....namun aku kecewa sikap KPM,JPN, Sumber Manusia dan SPP yng hanya memikirkan kesusahan di pihak mereka tanpa memikirkan implikasi apa yang berlaku kepada kami dan guru-guru lain yang berjawatan kerana menyambung belajar........pada usia dari 40an . Malah aku belajar ketika usia 45 thn dan 50 tahun baru dapat pengasahan perlantikan. Apabila tarikh lantik 34 (1.2.2010) Tawaran 41 April dan pengasah perlaantikan Julai dengan back dated pada1 oktober 2010...............kita pula nak disalahkan....pengurusan mereka yang carca merba tak diakuinya. 2011 usiaku 15.03.1960 51 tahun belum menduduki induksi suruh tolak 41 trima dulu 34 bila nak rasa gaji 41 tu oleh itu aku pasrah balik jadi GPK atau berjawatanpun tak ape asalkan gajiku meningkat sedikit oklah. Ape kisah tak jadi GB kepala tak pusing, tidur lena..kot....sepanjang bulan Nov- Dis 3 Mesy ya.ng dihadiri cukup menyiksakan kepala otak..................pasrah dan bersyukur ajelah

Wednesday, December 8, 2010

08/12/2010

8.55 bergerak Hospital Tloh t/mujanji anak pakar mulut kedua2 gigi garham tumbuh tak betul. Bln Februari akan cabut2 4 gigi serentak...amat mengilukan....takut...berdoa tidak ada kesan sampingan...masatu dia cuti smester pdek 1 minggu. Ingatkan pihak hospital 2 mggu awal.

Pagi juga dihubungi pt katanya gaji 41 masih gagal utk bln Dis RC keluar dari Penderas tak ada...pelik gaji di Melati dah masuk RC keluar tak ada apele keja kau org ashik menghilangkan dokumen...........salahkan PT sekolah naik biul dia orang ada2 aje..........
Hubungi PT Aziah juga pelik ape yg berlaku...........dah letih kerana urusan pemangkuan 34 yang tergantung .sepatutnya dah 11 bulan JPN dah boleh buat pengesah namun langsung tiada maklumat untuk itu tiba-tuba timbul isu kena buat pilihan kerana telah sah dilantik 41..........En Asri minta buat rayuan.........

06/12/2010 ke SPPP PT Ruziah kata tak boleh buat ape2 suruh ke Sumber Manusia KPM Jumpa PT disana . Berikan PT yang patut dihubungi 03-88847714 Cik Rosaliza berhubung rayuan yang dibuat. Jawapannya dia perlu masa untuk rujuk kes kepada bosnya...maka aku bertanya bagaimana kkekddudukan diriku kini dia kata tunggulah sebab banyak kes yang sama perlu diselesaikannnnnnn....begitulah keadaannya JPN,SPP dan sumber manual menjadikan kita seperti bola.........kena ambil masa lama untuk selesaikan masalah tapi kalau diaorg nakkkan ape2 beri tempoh yang tak munasabah langsung................hubungi sumber manusia.

Monday, December 6, 2010

06/12/2010 Ke SPP & Sumber Manusia KPM

4/05/2010 En Zuraidi singgah mengambil borang prestasi, 5/12/2010 Ani dan suami singgah ,aku masak patin dan gulai nangka berempah .Jam 3,00 bergerak ke Taman Puteri rumah cikgu Nordin Adik Ani.....jauh perjalanan hampir 3 jam kebas kaki ku. Malam makan malam tersaji setelah patin dan gulai nangkaku bersama tambah lauk lain kami menjamu selera semeja . Aku seronok melihat cikgu Din amat menggemari patin yangku masak dan isterinya suka gulai nangka. Berbakul pujian sedapnya ikan patin yg dimasak cukup rasa pedas,asam,garam sehingga dihirupnya seperti kuah sup.berhingus dan berpeluh dibuatnya...tak boleh lupa rasanya makan malam ini begitulah pujian dari semua makan patin temerloh yang dimasak oleh aku..takada cecret resepike ...............takada cuma tempoyak kena baru......baru kau aku memberi tahu cikgu Din.


06/12/2010 jam 7.35 kami bergerak ke gerai berdekatan untuk bersarapan kemudian kami menuju ke SPP , setelah kesana ke mari akhirnya kami berjaya ke Kaunter SPP dengan disambut seorang PT SETELAH berhujjah akhirnya kami diarah ke Sumber Manusia di BLOK E12 DI KPM aras 4, berbincang kami dibawa ke Unit Rayuan dan berjaya menyerahkan surat Rayuan dengan janji 8/12/2010 boleh menghubungi pegawai yg bertanggungjawab untuk keputusan rayuan dibuat. Kami bergerak balik jam 1`2.30 setelah gagal untuk menemui Pengarah Sekolah Harian Zulkifli Wazir kerana bersara. Aku bertekad untuk bertemu untuk bertemu En Isa pengarah baru dari Melaka kerana bermeryuarat.


Jam 4.30 menelefon Puan PPD Hjh Fatimah menyatakan hasil ke SPP dan meminta agar aku ditempatkan ditempat dekat rumah di Tloh. 4.55 En Ramlan menelefon bertanya sekolah mana aku hajatkan. Jam 6.0 smpai di rumah. Aku berdedia untuk kembali ke kerusi GPK

sibuk tak abis2

MESYUARAT SEKOLAH CEMERLANG DAN BERPRESTASI TINGGI

Selepas tamat menghadiri Kurus di Permain In Kuala Terengganu mulai 22 November - 25 November aku bercuti pada 26,27 dan 28 dan Isnin 29 aku ke sekolah untuk bertugas. Dimejaku penuh dengan pelbagai dokumen untuk dibaca dan diambil tindakan. Aku merujuk surat untuk menghadiri Mesyuarat Sekolah SBT. Pelbagai bahan diminta bawa laptop, marakah pep dalam dan UPSR 2010,SKPM 2010 san Annex. Aku tak tau apa itu annex tak pernah dengar aduh apeni ....risau...namun aku tak kisah. Meminta bantuan GPK 1 En.Zuraidi aku dapat menyiapkan dokumen untuk dibawa. 1.30 AKU bergegas untuk balek ke Tloh ada mesyuarat di Bilik Mesyuarat Utama Wisma Persekutuan Tloh. Dalam kelam kabut mengejar masa aku tersalah arah kiblat di surau berhampiran Kg Pangsaenam .Aku kena sembahyang semula. Kami sampai di Bilik Mesyuarat jam 3.30 ptg ...namun aku kecewa mesyuarat hanya berkaitan sukan milo di mentakab pada 5.12.2010 di Mentakab .Taman Chengal tiada wakilpun dalam semua acara....Lepas mesyuarat jumpa cikgu Din minta pandangan pelantikan aku namun di minta ke SPP.

Friday, November 12, 2010

SIBUKNYA AKU 2010

Isnin; 8/11/2010 balik ke sek kemudian ptg balek ke temerloh ,mlm ada mesyuarat JKK Paya Kecil ; Program aku cadangkan pengurusan jenazah di Masjid Bukan kepayang diterima.

Selasa 9/11/2010 :4.00 ptg Terima panggilan Abang Mat Long kritikal di wad Jerantut sekali lagi aku terpaksa balik. Pagi ke SK Keratong 1 dan SK Bandar Tun Razak salah maklumat utk Prog.Pra Sek balik awal .

Rabu ; 10/11/2010 Cuti Rehat dari 11.00 pagi -2.00 ptg di Jerantut. Singgah di rmah ayah ..nampak ayah pun krg sihat juga

Khamis: dari rumah singgah di sek ambil maklumat untuk pergi taklimat SKPM. Jam 8.00 pagi mula aku terpaksa bergegas , ramai lagi yg lain lewat. Aku suruh Abg Aji balik dulu aku balik dgn guru data ....taklimat yang padat aku keletihan smpai jam 5.15 ptg. Aku sedih keputusan merosot banyak 93 peratus jatuh ke 79 peratus dgn dari 10 5A ke 8 orang saja. Namun ada juga sekolah yg lebih teruk aku kena berlapang dada. TEKAD untuk menjadikan KEGAGALAN sebagai satu titik KEBANGKITAN dan KEJAYAAN yang dicipta orang lain sebagai titik PERHENTIAN MENCIPTA KEJAYAAN SEBENAR.

JAM 1.55 Rasit memberitahu kembalinya kerahmatullah abang ipar Ahmad Bin Busu 58 thn setelah berjuang dgn kesakitan 3tahun lamanya. Mlm jumaat dan disemadikan di hari Jumaat mudahan dicucuri rahmat

Wednesday, November 10, 2010

09//11/2010

Pagi berkejar ke SK Bandar Tun Razak, salah maklumat ke SK Keratong 1 pulang buku Ani ,Balik ke sekolah menguruskan surat2. Balik jam 2 ptg GPK HEM tel kontruktor Pra dtg serah deposit api .Jam 3.00 ke sekolah sebang GB Kafa batalkan Kafa 11 Nov ramai ustaz takada. juga 15,16 dan seterusnya sehingga cuti sekolah ,,,,keadaan guru sibuk banyak kurus keselamatan murid amat membimbangkan. Jam 4.00 ptg Sa telefon Abang Mat Kritikal di hospital. balik jam 5.0ptg. 10/11/2010 ke Je.rantut balik 3,00 ptg . Tak sihat untuk balik ke Melati.........pening ke rumah wan man utk tanya mengasuh irdina. Kak de cuti

Aku kena buat pilihan

Pada 04/11/2010 aku menerima panggilan dari Unit Naik pangkat En.Asri kerana perlantikan 34 yang terkemudian dari perlantikan 41ku. Aku diarahkan membuat rayuan ke SPP ..Rayuan ape aku tak pasti....Aku perlu membuat keputusan aku bertekad untuk menolak jawatan GB untuk selama 8 blan mengurus sekolah begitu penat..duit banyak abis ke bank, ke PPD, Mesyuarat tak abis2 kelim tak dapat langsung.............elaun 100.00 cola 100.00 minyak kereta sebulan 500.00 sewa rumah 150.00 ke luar quaters untuk berjima 150.00 tampung minyak. Dlm seminggu 2 ke 3 kali balik menjenguk rumah seorang2 meredah hutan simpan Bera 1jam perjalanan amat menakutkan......keselamatan dari kecelakaan ...hampir dilanggar segerombolan kerbau amat menggerikan ....kini aku dalam delima.....................kesih kiniatan kini semakin terganggu sakit sana sini setiap hari...hanya allah saja yang mengetahui apa dilalui kini............semoga allah melindungi dan memberkatiku....................Semoga aku diberi kesudahan yang baik dalam perjuangan yang aku lalui.

Sunday, October 24, 2010

22//09/2010 bergelar nenek

Setelah menghantar Along pada 15/09/2010 ke Kepala Batas kini 22/10/2010 aku mencari peluang untuk menjenguk cucu di rumah datuknya di sana. Naik bas di sebelah malamnya sampai jam 4.30 pagi di Terminal Bas Buterword Pulau Pianang . Paginya aku baru melihat cucuku yangn comel. Sepanjang hari sabtu 23/10/2010 aku bersama cucu kini jam 10.00 pagi 24/10/2010 aku berangkat pulang ke Temerloh dan sampai jam 5.00 petang .Esok 25/10/2010
aku akan berangkat ke KL Vistana Hotel untuk berkursu NKRA PRA Sekolah jam 3.00 dengan menaiki bas bersama Pn.Normah GB Kg Aur.
Aku mendoakan anak,menantu dan cucuku ini akan hidup bahagia dan dirahmati allah,dijauhi segala mara bahagia dan cucuku akan menjadi pewaris jenerasi yang solehah....Nama cucu sulungku IRDINA SAFIYYA BINTI MOHAMAD HANIF KINI BERUSIA 32 HARI COMEL DAN KELETAH NYA SEPERTI USIANYA 3 BULAN.....MUDAHAN MEMBESAR DENGAN SIHAT WALAFIAT

Monday, September 20, 2010

HARI RAYA 2010 SEBAGAI GB

Setelah sebulan berpuasa seminggu lagi nak raya cuti sekolah bermula dari 3/09/2010. Semasa aku sebagai GPK aku tak perlu ambil cuti...cuti bersama orang lain..kini sebagai GB kena mohon cuti ....aduh siksa juga dibuatnya...Aku mula bercuti selasa 7/09/2010 (petang) Pagi Rabu aku ke pasar sendirian kerana abang Aji mula demam Isnin semasa balek ke Melati lagi..

Aku rasa kepenatan yang amat sangat pada tahun ini...berulang alik Melati Temerloh setiap minggu. Pada hari raya kedua aku dalam perjalanan ke Kuala Batas untuk menghantar Arina untuk cuti bersalin d rumah maka mentuanya. Sesampai di Batang Kali menerima telefon Hakim terlibat dalam kemalangnan di Car wash tloh, D ia melaggar proton saga dan kecederaan tidaklah begitu serius. Kami meneruskan perjalanan kerana Esah dan Kak De mengatakan lukanya tidak begitu serius sangat. Sesampai d Kepala Batas kami menuju ke rumah Hanif .Ibubapa sedang menunggu ketibaan kami..ayah anif puasaa...bersembag degan mak Anif dapat telefon Imran/Randos bakal menantu juga kemalangan...Aku terpaksa membatalkan balik malam Khamis kerana dah tak boleh bersabar lagi malam jam 9..30 sampai di terminal Bagan untuk naik bas balek ke tloh samapai jam 4 pagi................Keesokkkannya tidur ..keletihan dan kesakitan yang aku tanggung hanya aku yang tahu....Petang ke hospital lawat Hakim syukur dia tidak begitu kritikal...

Tuesday, August 24, 2010

Tersiksa di Ramadhan 201

Kejemuan dah mula melanda diriku, setiap minggu berulang-alik ke Temeloh dan Ke Melati , datang dan pergi memandu sejam setengah sekali perjanan untuk sampai ke sekolah. Sampai di rumah terus menjalankan keja2 rumah ,mengemas, membasuh , memasak dan lain-lain. Kadang-kadang tersa luluh seluruh anggotaku ini. Tapi aku bersyukur kepada allah walaupun terasa kesakitan ditangguh hatiku puas dapat melaksanakan urusan tersebut.
kadang kala aku rela balik subuh demi menyiapkan keperluan makan minum suami dan anak-anak. Tapi termampukan aku berterusan begini... malam bersendirian di rumah sewaan usangku. Sekali lagi bila ku renungkan aku juga kena bersyukur kepada allah ....kerana semuanya atas kehendaknya belaka.....Aku yang membuat pilihan mengisi borang unutk jadi GB. Kadang-kadang terasa jemu menguruskan keja2 sbg GB ini. Aaku biasa dgn kesibukan cara aku sendiri.....Kini masa ku terbatas untuk diriku sendiri...aku perlu proaktif memikirkan semuanya. Tak duduk di kerusi ini aku rasa bersalah kerana dah banyak menghabiskan masa belajar dan akan mula menikmati gaji yg lebih besar hasil pengorbanan suami, anak -anak malah diriku sendiri yang berulang azlik dari SK Kuala Medang, SK LKTP J engka 24 dan Penderas. Kini aku sebagai GB SK Melati telah 8 bulan berlalu.
P elbagai ranjau ,isu yang aku dah tempuh,untuk melonjakkan pencapaian UPSR Thn 6 aku kena banyak bersabar dgn pelbagai situasi dan katagori keperibadian guru yang ada. Hanya allah sahaja yang tahu ....sikap segelintirnya yang amat susah untuk berubah ke sikap yang membanggakan dalam aspek p&p dan diiplin diiri.......kalau boleh diundur jadi guru biasa pun ada banyak hikmahnya.....bila duduk di tangga ini nikmat ada di mana-mana tangganya jika kita sabar dan redho.....aku serahkan diriku padamu ya allah.....

Sunday, August 22, 2010

22/08/2010 Kak Bedah Kembali Kerahmatullah..

Dapat berita beliau di ICU, kerana kesibukan semasa aku tidak berkesempatan untuk pergi ziarahnya. Selepas solat duha aku terkenangkan kak Bedah.......harapanku tipis untuknya bertahan bermain difiranku mungkin tidak sampai raya..Selang beberapa ketika aku mengemas telefon berdering....Tijah Zakaria menelefon menyatakan Kak Bedah dah kembali ke rahmatullah. Aku bersiap untuk ke Melaka....jam 1.00 bergerak ..kenderaan agak sibuk kadangkala keadaan cemas disebabkan sikap pengguna jalan raya yg tidak bersopan...sampai jam hampir 4.00 ptg aku selamat sampai dan majlis tahlil dilaksanakan solat jenazah baru ke kubur..selamat urusan jam 6.00 ptg.

Monday, August 9, 2010

PELBAGAI PERISTIWA DLM SEMINGGU

05/08/2010 Hari Khamis jam 12.30 tgh Rumah murid 3 buah ranap sekaligus dlm kebakaran di Kg Melati, kepulan asap tebal menarik perhatian seluruh warga sekolah sehingga menggagalkan P&P diteruskan. Guru ramai bergegas ke tempat kejadian , aku mengawal murid sehingga guru KAFA baru berpeluang ke tempat kejadian, berada di lokasi sehingga 8.45 mlm.Balik makan di sekolah sempena solat hajat...keletihan........

06/04/2010 berada di lokasi penempatan di rumah cikgu Rokiah sejak pagi kehadiran pelbagai skuad bantuan, Aamanah Ikhtiar, Skuad Sayang Umno, Kebajikan Masyarakat, guru-guru dari Rompin dan paling di nanti Adun Muazam YB Datuk Safri. Melawat tempat kebakaran dan tempat penginapan baru mangsa kebakaran. Selesai makan jam 1.30 aku balek ke rumah. Bertolak balek ke tloh jam 2.00 ke bank RM 1.000.00 untuk angah bayar PTPTN RM 1500.00 untuk bayar kereta ,deposit rumah dan tikar getah rm 120/upah 20.00 tlg pasangkan.

o7/08/2010 Keletihan masih terasa kena ke Kuantan menghantar angah periksa di Integrasi Kuantan..ke Teluk Chempedak...teringatkan abang Nordin call , garang suaranya..tanya berada di mana nyatakan ingin bertemu dgnnya di Integrasi, aku bergegas ke Integrasi dari Teluk Chempedak ,jam 11.00 dia dtg dgn kereta barunya.. kami bersembang sehingga 12.25 angah selesai dan dia perlu mengambil anaknya tuisyen kami berpisah setelah bertukar buah..dia rambutan dan aku berikan dokong yg dibawa.

Malam ke Hotel Sri Malaysia jamuan perpisahan ramai staf tak hadir aku faham klu Raman th kerana orang rumah dlm berpantang tapi beberapa yg lain ke mana ye....? yang dekat pun tak sudi hadir dah 2 kali program dianjurkan spanjang aku di Pdrs dia tetap tak ada.....tak apelah...itulah realiti kehidupan pada kita...ada orang suka dan ada sebaliknya.

08/08/2010 aku ke Melaka begitu lama tidak menghala ke Bandar sibuk dan keliru tentang perubahan jalan sampai jam 3.00 ptg . Jumpa Abg Karim duduk kemudian 6.00 ptg ke bukit cina tengok anak Mat .Balek smpai melati 10.15 mlm.

09/08/2010 Pagi jam 9.00 pindahkan barang ke rumah sewa. Mula mlm pertama di sana dhn pelbagai cabnaran...letrik tendang...paip tak buka kunci air kering ,...getah tak ada semua ku lalui dengan taaabah ke sekolah 6.45 ....tq buat makcik sudi menjenguk dan memberikan nasi goreng untuk makan malamku yg mana pd mulanya aku ingin mengosongkan perutku....

Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM LAWATAN GURU-GURU BESAR

Hari ini 3 org sahaja GB-GB Zon Bandar Tun Razak berjaya memenuhi pelaksanaan Program Lwatan Cakna UPSR ke sekolah -sekolah di zon Bandar Tun Razak. SK Melati adalah sekolah pertama yg dilawati. En Mat Seman GB Keratong 3 paling awal tiba jamm9.00 pagi, ketika itu aku berada di 3B Kelas Muzik,,,,aku menulis seni kata lagu Anaklah Ayam dan menyanyikan lagu tersebut supaya murid dapat iramanya....kemudian aku bergegas ke Tapak perhimpunan .Cikgu Hamdan diamanahkan menyambut tetamu tersebut sebelum ketibaanku..beberapa minit kemudian En Samidi GB Keratong 2 tiba bersama Pn.Wan Gayah GB Keratong 5& 5. Kami ke kantin menikmatan sarapan pagi terlebih dahulu memandangkan jam 11 kami akan ke SK Bukit Serok GB nya tidak dapat hadir kerana isterinya masuk wad di Muazzam kerana radang hati pada subuh tadi.

Aku memulakan majlis dengan tanpa banyak celoteh kerana murid dah selalu benar menikmati sajian halua telinga dari aku.....dimulakan dgn Pn Wan Gayah mengigatkan tentang tarikh UPSR yg hanya tinggal 48 hari dihitung cuti dibahagikan dgn 5 mata Pel hanya tinggal 6 hari bagi setiap m/p......bagus juga motivasinya....Lepas Pn. Wan Gayah, En Samidi GB Keratong 2 mengigatkan tentang keredhoaan ibubapa dan guru dlm menempuh hidup ini....selepas En.Samidi giliran EnMat SemanGB yg kepalanya dah banyak tak berambut...dari Jerantut....Dia bertanyakan jumlah anak mata tangga yg ada di tangga sekolah.........mengaitkan dengan tangga laluan UPSR murid2 baru nak mula nak melangkah..........
Jam 11.00 kami bergerak ke Bukit Seruk disambut oleh GPK 1 Tn.Haji Nodin ,Pn Jamiah GPK KO dan beberapa guru, 40 calon 2 dah boleh dpt 5A , aku memberikan motivasi pengalaman di SK Penderas utk jadi sek asli cemerlang ....mereka tidak mustahil semua kemudahan sama tiada bezanya....12.00 tamat untuk ke dapur asrama makan tgh hari ok masakannya dan layanannya bagus dr tukang masaknya....jam 1.30 aku baleh membawa beg ...di sek ku aku tidak menyediakan apa2............matlamatnya pogram bukan hadiah dan ganjaran tiada duit semuga semua faham GB2 ,,,kita sama aje ............vitamin krg. Esok aku akan ke Bank dan hospital....

Sunday, August 1, 2010

KEHADIRAN WARGA MELATI KE RUMAHKU 23/07/2010

KAFA SK MELATI berjaya mewakili Zon Muazam ke Peringkat negeri yang akan berlangsung di Sek Agama Felda Lakum. Seramai 13 orang murid terlibat sbg peserta,,,Semua murid dan ustazah Rusmani GB KAFA sekeluarga, Ustazah Zaitun dan Ustazah ?menginap di rumahku...Bersempena kehadiran En.Ohman sekeluarga ,Cikgu Yunus sekeluarga. Ust & Ustaz Anuar aku mengambil kesempatan mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil bersama warga surau Taman Chengal. Alhamdulillah bemenukan ikan patin tempoyak, rabu sambal,ulam petai,ikan kering rezeki yg dihidangkan membuka selera warga yg hadir. Sarapan pagi aku memesan nasi lemak dan meehoon. Setelah mereka berangkatn ke Lakum aku dan abg aji tidur, merehatkan badan yang keletihan namun aku seronok melaksanakan aktiviti itu............syukur aku pada allah dgn kerjasama jiran berhampiran semua berjalan lancar...Amin

1HB FEB KINI 1HB OGOS

Kini genap 6 bulan masuk bulan ke 7 aku bergelar GB di SK Melati. Pejam celik pejam celik ke Temerloh dan Melati setiap minggu. Minggu ini balek ke Temerloh Jumaat sekadar melepas rindu melihat anak dan rumah pagi sabtu jam 8.00 pagi bergegas balek ke Melati untuk membawa Cikgu Muhammad Gau ke Bengkel menjawab BM UPSR di sekolah aku. Di perjalanan singgah di Restaurent Anjung Bera untuk sarapan pagi.....sampai di sekolah tepat jam 10.00 pagi, slot BM akan dimulakan jam 10.30 pagi. Berehat sbntar di pejabat , bersembang tentang SK Gau yang melaksanakan solat Hajat di Padang ...ada juga benarnya elok juga diikuti untuk membawa murid Thn 3,4,5, dan 6 serentak setiap Jumaat. Memeberi murid minuman doa sblm peperiksaan dijalankan juga ada baiknya untuk murid yakin akan pertolongan allah semasa menjawab soalan peperiksaan....insya allah sumber kewangan akan dicari untuk dilaksanakan hajat itu.
Pagi Ahad jam 8.00 aku ke sek. duduk di bilik memasak bersama pn.Rosni, Zaini dan Fatimah,,cuma Makcik tak dtg kerana mgkin sibuk...pekerja pembersihan yang amat komited dan ringan tulang. Nasi goreng telah dimasak oleh Pn.Mahani yg begitu gigih menjalankan kerja2 memasak bila ada aktiviti sekolah...selain beliau Pn. Oslina yang anaknya 3 orang tak menjadi alasan untuk menerima tggungjawab itu...Pn Siti Zubaidah,Pn Norhayati,Pn Norhasliana, Pn Julida, Cik Tn Azizah, Cik Anita dan Pn Wan Roziati. Inilah guru-guru SK Melati yg amat komited tentang tugas mereka....agaknya itulah rezeki aku yg juga spt mereka tidak berkira untuk murid dan sekolah maka dapat juga guru-guru yg sedia berkhidmat seperti yang pernah aku lakukannya semoga semua diberkati allah ,
Kini aku telah melahirkan lagu sekolah dan telah mula dinyanyikan pada perhimpunan 19 julai 2010. berbunyi: SK MELATI SEKOLAH BERWAWASAN
TEMPAT KAMI NENUNTUT ILMU
DEDIKASI PENUH ILTIZAM
UNTUK MAJU MAJU DAN JAYA
WARGA MELATI SUDAH BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT SETIAP MASA
MELATI MAJU JAYA (Ulang 2 X)
Pabila ditanya untuk pendapat warga sekolah mereka kata ok...maka kekal lagu itu adalah lagu sekolah melati yang amat dikasihi seluruh warga sekitarnya.

Thursday, July 8, 2010

8/07/2010 genap 5 bulan di SK MELATI

Pejam celik-pejam celik semalam genaplah usia 5 bulan aku menjadi pengurus di SK Melati....Hari ini aku didatangi Kontruktor Yusof Interprise untuk melihat tapak..Jam menunjukkan 2.00 ptg yang mana aku sepatutnya dah rehat untuk solat zohor...selepas melengkapkan dokumen yang diajukan aku sempurnakan..Cikgu Hamdan GPK HEM membawa mereka ke lokasi Pra Sekolah baru....Aku bergegas balik..PAR En Zamri lebih awal dari aku meninggalkan pejabat itupun dah lewat dia balek...Di rumah aku tergesa-gesa untuk kembali ke pejabat. Tiba 2.35 meluncur sebuah kereta GEN2 berwarna kelabu di perkarangan sekolah...Aku menunggu...mereka bertiga 2 wanita seorang jejaka ...mereka memberi salam dan aku menyambut salam dan berjabat tangan....mereka memperkenalkan diri untuk melihat tapak Pra Sekolah juga...Aku terus membawa mereka ke lokasi. Selesai melihat tapak aku mengiringi mereka ke pejabat....aku membuka pintu pejabat.... mengambil cop dan kami duduk di meja luar saja tidak ke bilik GB. Di atas meja ada kuih yang dibawa oleh En.Zamri PAR aku yang ceria selalu ,ketawa dan gurausendanya menghiburkan kami setiap hari di pejabat. Aku mempelawa ketiga2nya makan...air tiada..tiba2 Pembantu Pra naik..aku meminta dia buatkan air sejuk pun tak ada......mereka menjamah kuih...dan terpacul dari mulut salah seorang darinya sejuk rasa hati ada orang nak layan kita....saya bertanya kenapa ..hanya inilah yang kami ada petang2 begini tin2 biskut yg puan lihat untuk kami mengalas perut kerana kantin dah tutup....dia bercerita pergi berjumpa GB di satu sekolah tak sudipun nak bertegur sapa dengan kami,,,senyum pun tidak....cuma jari menunjukkan tempat...tulis nama....tanpa banyak cerita katnya kami berlalu.......saya hanya menyatakan padanya dia dah lama jadi GB dah penat...saya hanyakan siapapun kita GBke, Datin ke yang pastinya kita sama manusia.....kami pun berbual topik diri masing2....Dia meninglakan sekolah setelah semuanya selesai sebelum meninggalkan sekolah aku meminta bisness kadnya tercatatlah nama Datin Quetiena Yunus managing director TIARA MASS 019 2300056/013-9380056 SEMOGA DATIN MMENJADIKAN MELATI sekolah dalam kenangan......Jauh untuk datang tapi GBnya peramah.....kah-kah

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS NKRA 22/06/2010 - 23/06/2010

Dalam kesibukan mengurus rumahtangga ,makan minum suami dan anak-anak aku ke hospital along di rawat kerana masalah pendarahan sejak sabtu 19/06/2010. Sabtu aku gagahkan juga ke kebun menanam pokok gharu. seronok cik abang aku ,hakim dan angah menolongnya pada hari ini. Ahad aku ke pekan sari membeli belah lauk pauk untuk anak2 yang akan ditinggalkan.
Siapkan makanan untuk along jam 1.00 aku terus ke hospital dan siap sedia untuk terus balek ke Melati. Jam 2.00 aku bergerak dari hospital, oleh kerana perjalanan banyak kereta aku sampai agak lewat jam 4.00 ptg. Aku berkemas untuk ke Rompin , bergerak jam 5.30 ke Muazam dan tiba jam 6.15 ptg. Cigu Normah GB SK Aur telah menunggu untuk bermalam di rumahnya di Bukit Ibam. Semalaman aku tidak boleh melelapkan mata ..badan diserang gatal-gatal.....aku resah mendengar dengkoran Cikgu Normah sehingga subuh.........Jam 6.30 pagi kami bergerak ke Rompin dengan keretaku sendiri alhamdulillah kami selamat sampai lebih awal lagi................

Wednesday, June 16, 2010

16/06/2010 Ke SK Rompin

15/06 aku membuat persiapan utk masakkan ikan patin buat Ani, Mlm gangguan tidur j1m 1.30 pagi kia panggil minta tlg org rumahnya diganggu ,,,,ketakutan pindah ke rumah Li ...aku nyatakan esoklah selesaikan masalahnya....lepas itu aku sukar tidur............tak tau bila aku terlena dlm keadaan resah sakit dada akibat makan nangka dan minum nascafe mlm sakit luluhati yg menakutkan aku krna keseorangan..syukur ada bio sirih & antik digosok akhirnya tidur shgga 6.20 pagi bersiap utk ke rompin. Agihkan lauk utk ani dan mangkuk tingkat untuk pekerja pembersihan prmpuan....letak di bilik masak...

8.30 bergerak ke Rompin di pandu Sal...bersembang menceritakan pengalaman sendiri dan memasukkan suntikan motivasi agar dia pandai menyesuaikan diri di tempat baru...sesekali dia berkata mungkin tiada bahagia lagi buat dirinya aku memberikan kata-kata perangsang dan semangat supaya ape2 yg dilalui dalam kehidupan adalah untuk diberi ganjaran yg lebih seandainya kita redha dan bersyukur dengan segala kebaikan yg dikurniakan allah. Smpai di sekolah 2.00 ptg ptg aku dah tak larat nak ke pejabat.
Petang Normah aur telefon bersembang panjang Isnin 20/06/2010 -22/06/2010 akan ke kursus di Rompin .

Thursday, June 10, 2010

cuti pertama pertengahan Semester 2010

4/06/2010 bermulalah cuti pertengahan semester, 03/06/2010 KMK akhir sblm cuti panjang lebar untuk mengigatkan t/jawab semua. En Z gpk 1 mbtangkan UPSR, En H HEM laporan SBT 36 orang berjaya diluluskan KPM, En J tiada lapoaran ape2, begitulah keadaan dia dgn delima dirinya sendiri, perpindahannya tak berjaya. Aku sendiri mgucapkan slmat pindah kpd yg berpindah, mudahan dpt pglaman baru, slmat dtg pda Isteri Ruslizan, selamt pindah Pn Slya dan Pn Hafizan ke Trganu. Yang pasti teruskan tugas dgn cemerlang krna kita memilih utk jadi guru bkan ditawarkan utk jdi guru . Smoga sucsess selalu dalam perkhidmatan................

04/06/2010 Jamuan perpisah , perbarisan dr murid serta berselawat dan bersalaman dgn guru yg perpindah, makan t/gahari ,ucapan pengerusi kelab, ucapan guru berpindah, ramai dikalangan guru perempuan dan pekerja perempuan menitiskan air mata......sedih nak berpisah dgn sahabat dan pilu dgn nasib Cikgu S yg di hantar makin jauh ke Rompin , sedih buat sahabat yang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga..........moga dia akan tabah menghadapi cabaran di Bandar Rompin yg blm pernah dijejakinya.....aku akan hantarnya untuk lapor diri pada 16/06/2010.........semoga dia tabah menempuh ranjau dan duri kehidupan.......................

Wednesday, June 2, 2010

LEPS MEMOTIVASI GURU

KMK 03/06/2010 (KHAMIS 1.30-2.30 PTG)

PERINGATAN TGGJAWAB GURU:
1. MENEPATI MASA DTG DAN MASUK KELAS
2 KEWAJIPAN HADIR DI MAJLIS SEKOLAH - T/H BERSEBAB & TANPA SEBAB.
3. LEPS : LOVE; GURU SAYANG MURID MURID SAYANMG GURU- KUATKAN SEMANGAT GURU DLM MENDIDIK.
ENJOY: SERONOK BEKERJA DNGAN HATI GEMBIRA- OUTPUT BAIK
PROUD: BANGGA - DIMENJADI ORG DIPERCAYAI/BOLEH DIHARAP; KEPUASAN DIRI
SINCERE; IKHLAS GAJI HALAL MENDIDIK ANAK BANGSA
JADI SEPERTI LAUT TAK RELEVEN SPT LILIN; GURU MENGORBAN DIRI SAKIT MSLAH ORG MSALH KITA; LAUTAN BANYAK SAMPAH,NAJIS DAN BANGKAI TETAP SUCI DAN MENYUCIKAN.
LAUT - SEMUA AIR SGAI TAWAR MASUK AIR LAUT TETAP MASIN..BAGAIMANA PUN IKAN DI LAUT TETAP TAWAR...........BEGITULAH GURU BERKORBAN DEMI ANAK BANGSA KERANA GURU TETAP GURU.

kEPUTUSAN YANG MENGECEWAKAN

Setelah ke JPN 01/06/2010 aku menunggu panggilan dr Unit sek rendah tentang keputusan pertukaran Pn S. Dri pagi aku hanya keluar sekejap2 dr pejabat, jam 10.30 aku ke kantin menjamu selera nasi ,ikan goreng, sayur labu masak lemak dan sambal bacang bergegas naik. Baru beberapa minit pgilan untuk GB,,,aku begitu kecewa apabila keputusannya amat mengecewakan...kedua2 rayuan tidak berhasil...ke Pineng gagal utk ke sek berhampiran juga gagal.........aku termenung mengenangkan nasib Pn S yg terpaksa melalui getir kehidupan sendirian atas kesilapan percaturan membuat keputusan dalam mengejar cinta yg tiada memberi apa2 erti malah menjadikan kehidupan ini melalui kepahitan yg sukar diatasi dgn tangisan air mata darah sekali pun...........mungkin itulah takdir namanya......setiap yg dilalui ada hikmah dan pengajarannya. 8.00 selepas maghrib aku teringatkan Pn S, nyata sekali dia sedang menangis..........aku turut sebak dan tidak dapat meluahkan kata2 buat seketika.....akhirnya aku dapat memberi kata2 agar dia tidak terlampau ikutkan perasaan .......sanyangilah diri sendiri demi kehidupan bermakna di masa depan.........bila suaranya telah mula tenang dgn ucapan trima kasih drnya kami menamatkan bicara..........aku terasa lega .........kerana katan dia OK...alhamdulillah.

Tuesday, June 1, 2010

Kerja keras utk selesai msalah

31/05/2010 En Ramlan mengejutkan aku, menempat Pn S di SK Rompin, ani maklumkan surat dah ada di SK Rompin. Jam 3.00 En Adan Pn.Pengarah Unit SR telefon , nasihatkan cuba buat laporan polis utk skong pertukaran ke luar negeri. Jam 4.00 ke balai polis Melati selesaikan aduan.

01/06/2010 ke JPN hantar laporan . Pedawai (en. zainol mesyuarat tggu pkl 1.00 jumpa dan bincang . tangguh jam 2.30 EN.Adnan akan hubungi GB pda 2/06/2010 bila keputusan KPM diselesaikan. Balek jam 5.30 smpai. sempai tunaikan cek di Muadzam . Cek PIBG gagal ditunaikan.

Tuesday, May 18, 2010

Hai Jemunya menghabiskan masa sendirian.....

Kini menjangkau usia 3 bulan 2 minggu di Melati , kejayaan murid kafa membanggakan warga sekolah dgn 7 katagori di menangi. Kini SK Melati dipertanggungjawabkan menjadi tuan rumah peringkat daerah kafa . Pengerusi PIBG En.Othman dan Ustazah Rusmani berbincang tentang persetujuan untuk menjadi tuan rumah. Bagi menyahut cabaran aku bersetuju menerima tanggung jawab tersebut.

18/05/2010 membeli alat merawat kesihatan rm 799.00 ansuran 6 bulan.

Wednesday, May 12, 2010

BERITA SEDIH 12/05/2010

Aku sendirian , jam hampir 10,00 mlm baru nak tidur telefon brbunyi ,suara kak asmah aku mulanya seronok ingat dia nak bersembang , aku terkejut dia mengatakan aanak lelakinya yg no4 meninggal dalam latihan tentera kerana lemas. Aku menangis sendiri kerana teringat si bujang suka makan ikan patin masakan makcik lipah...kali akhir dapat lihat wajahnya ketika ke majlis kahwin anak sulung kak asmah,,,aku masak patin mungkin dia merasa makanan itu buat kali terakhirnya semuga rohnya dicucuri rahmat. Telefon abg aji cadang nak pi ziarah namun sekali lagi aku terperanjat cik abg memberitahu jiran se taman en mus tlh meninggal dunia cik abg sedang mengurusnya di hospital.........kesian anaknya masih kecil dah kehilangan bapa tercinta.....satu lagi payung emas buat wanita yg sudi berpoligami...jika itu takdirnya.......................membela janda yg perlu perlindungan suami..............aku terganggu tidur spg mllm esok 13/05/2010 akan mengadap PPD selesai isu 2 guru, memandu sendiri dlm keadaan batuk, selsema dan krg tidur ajak PT Ani pegi buat teman.Ambil APC Mat Sirat & Hasbullah berjayaaaaaaaaaaaaaa............ada calon dijanjikan kecewa tiada rezeki...apa nak buat.........Blek pggil cikgu S buat surat ikut draf PPD.....jumaat mengada En Zainureen ketua sektor urus pindah segera..........Jumaat ambil bahan audit

Saturday, May 8, 2010

AMAT MENGEJUTKAN

Pada 05/05/2010 aku diberitahu cik S tidak dapat hadir kerana ada apment doktor. Jam 8.00 aku mengadakan pemantaun ke kelaa s di tingkat 3 turun ke tingkat 2 terus menghala ke thn 1. Semasa di tingkat 3 aku nampak Pn M termenung di hujung koridor ,,, pada fikiranku dia memerhati pelajar di bawah......Tiba2 aku di sapa apabila bertembung dgnnya yang menghala ke thn 1 ,,Cikgu boleh saya nak jumpe ada hal penting,,,tiba di bilik saya dia minta izin pintu biliknya ditutup , tiba2 saya dipeluk dan cikgu M terus menanggis,,,,cikgu tolng saya....saya amat tertekan tak boleh fokus dgn kerja saya...fikiran saya terganggu.saya hanya memelok dan meminta dia bersabar dan ceritakan apa halnya....setelah dia tenang barulah saya meminta dia bercerita tentang suaminya telah menghwini cikgu S yang juga teman sekerja yang juga kawan rapatnya sejak 5 bulan lalu. Saya juga tergamam dan tak menyangka yang peristiwa begitu berlaku pada staf saya yg baru dikenali sejak Februari 2010. Kini saya terpaksa menyelesaikan kes tersebut demi kebaikan semua yg terlibat............

Wednesday, April 28, 2010

LETIH MEMIKIRKAN LANTIKAN 34/41

Setelah penat menimba ilmu dari IAB 2005 bersambung ke UPSI 2006- konvo 16/03/2009 kini kepenatan pula nak menerima 34 dan lantikan 41 , kedua2 dah dalam gemgaman namun aku kena pilih satu nak tolak dulu 41 untuk terima 34. Namun setelah dicongak2 ada untung dan ada ruginya. Memandangkan masa yg tinggal 5 tahun dan rasa dah 28 berkhidmat terasa juga nak duduk di zon selesa aku kena bertindak pilih yang mana satu .Pada fikiran aku aku rela tak dapat 34 kerana tangga gaji kini pun dah di 34 beza sen saja kalau tolak 41 sekarang bila lagi nak menunggunya. Maka aku nekad untuk tolak 34 untuk duduk sbg GPK di gred 41 jadilah. Semua proses dah dibuat untuk terima 41 tunggu ajelah................

Friday, April 23, 2010

SENANG JADI SUSAH

28 tahun bergelar guru, pahit maung dan manisnya hanya sendiri yang rasa. Ingatkan makin cangihnya dunia semua makin senang diurus,,,,,,hakikatya tidak begitu....makin dunia diglobalisasi maka makin besarlah skopnya yang perlu diurus untuk meneruskan kehidupan.

01/02/2010 bagiku adalah tahun bermulanya sekali lagi ledakan perubahan paradigma perlu dipacu untuk memantapkan perubahan pengurusan sekolah yang kini mencipta nama di gred purata 168 kedudukan di Malaysia. Sebagai GB baru begitu berat bagiku untuk tetap mempertahankan keunggulannya namun tanggungjawab telah digalas perjuangan tetap diteruskan.........dengan berbekalkan ilmu dari IAB dan UPSI ijazah diperolehi tiada ertinya jika takut terjun ke lubuk PERJUANGAN yang masih bersisa lebih krg 5 thn lagi.

Merata daerah dari 5 sekolah menengah kini 4 sekolah rendah kehebatan istilah mengharungi cabaran semakin terasa kehangatannya....jika tidak diurus jatidirinya kemungkinan jadi SRESS tidak dapat dielakkan,,,,namun aku pasrahhhh meneruskan NKRA yang kini senang dipantau oleh KPM secara on-line mudah buat mereka dihujung jari memantau kita di sekolah...itulah globalisasi dunia pendidikan..........,prancangan strategik pun masih tak lepas timbul pula NKRA lepasni takatau......ape lagi bersedialah menunggu .......tanpa jemu warga guru......orang tak suruh kita jadi guru kita yang nak jadi guru maka jadilah guru sejati,,,,,,,,,,,,,,,,,membakar diri menerangi insan-insan yang perlu diberi ilmu bakal PM dihari muka.....rakyat didahulukan pencapaian diutamakan,

Wednesday, April 21, 2010

HARI KHAMIS 22.04/2010 NKRA yang membebankan ...........
Banyak keja tak habis2 program turun menuntut komitmen semua ,pengurusan dan guru untuk menyiapkan maklumat diperlukan amat menyusahkan sekolah. Buat post mortem atas talaian , cari kelemahan pengurusan dan pencapaian prestasi sekolah , syukur SK Melati dah beres, cum a nak semak menepati apa yg dikendaki atau tidak terpulang pd penilaian di NKRA ITU leeee.

Selasa 21/04/010 ke JPN hantar borang tapisan keselamatan,Jawapan ke JPN TRIM A 41 jUMPA pt Hamimah dan Pos laju ke SPP agak bimbing surat litup tulis tangan aje nak pos cepat.

Saturday, March 27, 2010

Jumaat ke PPD

Jumaat 26/03/2010 jam 8.30 bertolak ke PPD dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan.Aku atur kerja dengan teliti demi menjimatkan kos perjalanan yang jauh. Secara kebetulan Abang Aji ada urusan di Pejabat Tanah Rompin, maka aku mengambil kesempatan untuk turut serta bagi meninjau PPD yang aku jejaki hampir 9 bulan berlalu. Aku ke pondok jaga ambil Pas masuk lantas terus ke kaunter mmenyerah surat, aku dihamiri kaktangan pejabat memberitahu perlu menghantar markah Linus pada hari ini juga melalui e-mail ke PPD. Aku menyatakan hari ini guru linus cuti. aku menelefon En Zuraidi. Kami menuju ke Muazam aku meneruskan tugasku ke Maybank menghantar permohonan buku cek dan memasukkan wang yuran seorang murid. Selesai di bank aku ke pejabat pos dan JBA kedua2 urusan gagal.
setelah selesai aku bertiga kegerai makan mak bedah,...ramai pelanggan aku masih kenyang hanya membukus untuk aku dan ani. Aku menelefon ani makan bersama dirumahku abang aji bersolat jumaat....JAM 2.30 aku ke Pejabat untuk meninjau kerja penting jika ada. Keadaan mengizinkan aku untuk bekejar ke JBA Temerloh bayar bil air alhamdulillah kerana bayaran dengan cek aku boleh membayarnya. Lihat jam 4.45 aku tak sempat ke Mentakkab bayar bil telefon aku mengambil keputusan mmembuat e-filing . maka selesailah urusan tersebut.
Aku balek dengan kepenatan terus relex kerana masih cuti sejak 20.03.2010 hingga 27 masih cuti...............Ahad aku ke kebun tanam pegaga lepas itu singgah di rumah ayah...Minah bayar janggut Adam RM 100.00....................Hadi 2 hari tak balek buat jualan janggut Adam aku doakan dia berjaya dan anak2 yang lain turun mengaur langkah untuk menuju Kejayaan..........

Thursday, March 25, 2010

Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran

Bosan memikirkan keadaan perlantikan DG 34 dan DG 41, entah ape yang akan diperolehi....sejauhmana aku akan mengekalkan jawatan GB,,,,,ikutkan hati biarkan saja tak payah fikir apa diterima ambik aje janji hutang tak ada semasa belajar. Aku redha aje dengan apa yang akan diperolehi nanti itu semua takdir...............

Monday, March 22, 2010

TAKLIMAT ABM KALI PERTAMA 22/03/2010

Jam 8.00 aku dihantar suami ke SK Bandar Tun Razak, tiada GB2 sek lain aku terus ke kantin bersarapan. Beberapa ketika tibalah GB2 lain untuk bersarapan. Taklimat di tingkat 3. Aku gembira bertemu GB di 22 sek lain di Daerah Rompin, aku diucap selamat datang oleh En Ramlan Fasilitator yang begitu garang bunyinya dalam memberi taklimat,....dia berkata guru besar baru jangan terkejut dengan caranya......seperti tidak mengambil kira perasaan GB2 yang tahap ICTnya lambat dalam mengikut sesi taklimatnya.....aku berbagai masalah ..debaran takut tak dapat menyiapkan kerja berlegar difikiran kerana ada2 aje problem pada data axsess namun aku tetap tekun dan sabar membuat sendiri kerja disamping bertanya GPK kg Aur,,,,apabila ditunjukkan kepedanya tiadalah kesalahan yang ketara..jam 1.30 aku sampai kembali di Melati.

Jam 3.00 aku ke pejabat, bersembang dengan Ani PT dan Suraya Pra tentang pembelian bahan PRA, carta dan bil bernilai RM 1,500.00 LEBIH oleh En.Hafizan Cikgu Pra, aku mengigatkan agar bil diselesaikan secara berhemah.....elakkan penyelewengan dan salah guna kewangan Kerajaan.

Jam 5.00 ptg ke pondok Jaga ,,,,,,,tanya masalah yang timbul rentetan aku menyatakan pada Abi nak kerja..kerja tak nak kerja berhenti....Pak rahim terkilan kerana Abi menyatakan hal tersebut di khalayak ramai di Masjid pada hari Jumaat 19/03/2010......Aku jelaskan punca percakapan kerana dari Pak Guard sendiri kata nak berhenti masalah gaji.........Aku mengigatkan mereka marahkan nyamuk jangan kelambu dibakar.............baiki diri buat yang terbaik pasti gaji haaaaaalal...............jam 5.20 baru balek.

Mlm telefon AZIAH masalah borang penerimaan KWAPM ...........Baca blog aku tak kuasa nak fikir soal perlantikan DG 41 ATAU gb 34 ..................yang pasti aku redha tanpa jawatan GB JANJI AKU BAHAGIA DI MANA2 DI BUMIMU YA ALLAH..............DENGAN REZEKI YANG ENGKAU REDHO.......................AMIN.

Thursday, March 11, 2010

mesyuarat pibg di sk melati

Tanggal 10/03/2010 taklimat maulidurrasul dan mesy.agong PIBG dijalankan jam 1.15 - 2.30 ptg. Petang bersama Cikgu Nana ke Muazam cash cek sukan. RM 1800.00 sumbangan dan pinjaman dari PIBG untuk hari sekan sekolah. Selepas makan kami ke Tunas nmanja shopping ,balek ke bilik rawatan..bersama Nana dan Mahani. Malam aku tidur awal.

Hari ini YB tak dapat hadir. Penghulu di jemput bersetuju untuk hadir,Aku ke kantin, Cikgu Hadri menyatakan Pengurus Ladang Dawn bwersetuju untuk datang,,,aku diminta buat keputusan samaada nak pilih mana satu, aku bertanya pendapat ahli yang ada mereka sebulat suara bersetuju pengurus ladang Dawn akan dipanggil. Mesyuarat mula agak lewat jam 3,15, ahli lambat membuat cadangan dan sokongan ke atas perlantikan dan respon agak lembab,

Tiba masa perlantikan pengerusi sementara ,aku dilantik ,namun di atas kurangnya pengalaman aku mnegambil kesempatan untuk mendapat persetujuan ahli melantik kembali Pengerusi lama En Othman sebagai Pengerusi sementar....aku bersyukur ahli sebulat suara bersetuju,,,,Perlantikan baru bermula dengan merujuk senarai nama AJK lepas dan perlantikan Pengerusi dan pencatat sementara dilantik ahli lain pun bermula sehingga habis. Selepas itu me
mbahaskan usul dan cadangan dijalankkan, sehingga selesai agenda mesyuarat .Agenda penutup diteruskan dengan aku GB berucap..aku berpuashati dpt berucap dgn baik tanpa melihat teks ucapan yang didraf. Penupan jam 6.00 tamat minum blek jam 6.50 mlm.
Kesorangan Abanh Haji telefon mmemberitahu keputusan Arina sekali fikir aku kecewa dengan keputusan yang diperolehi Hadi....anak cikgu mahani mendapat 5a ,Hadi 1a pun tak ada...nmun aku kena redha dan pasrah dengan dugaan ini.......aku seperti gagal mendidik anak untuk berjaya dengan cemerlang.....namun aku tidak menyesal segala kemudahan diberi dan disediakan namun dia sendiri gagal berdisiplin untuk mencemerlangkan dirinya sendiri,.....

Thursday, March 4, 2010

ACARA MERENTAS DESA 04/03/2010

Kali pertama aku sebagai GB menjalankan acara merentas Desa SK Melati. Acara dimulakan lewat sebab cuaca terlalu panas. Syukurlah semuanya berjalan lancar ,,semua selamat.
kami habis bersurai jam 7.00 mlm selepas minum ptg. Guru seronok ada jamuan minum sebelumnya tak ada.

Jam 2.30-3.15 semua staff sempat mendengar taklimat KGMMB tentang kebajikan guru menerusi program yang baru ditaja demi kebajikan guru ketika kritikal menghadapi rawatan dan kemalangan.

Hari ke 16 ini aku seronok meneruskan kerja2 di SK Melati, menyatakan pd Pak guard dan pekerja pemdersihan supaya boleh bekerjasama membina pondok jaga secara bergotong royong an sedikit duit air akan diberikan melalui permohonan ikhsan PIBG ,aku kecewa tak dapat respon positif...pun...alasannya suruh diambil kontrak aje untuk membinanya...tak taulah bukan senang orang nak membanting keringat demi menjayakan agenda mmemajukan sekolah.
Aku kena banyak sabar manalah tahu fikirannya akan berubah ...................

Wednesday, March 3, 2010

PACUAN KECEMERLANGAN SK MELATI

1. Mempastikan guru-guru komited dengan tugasan P&P harian dan kelas Tambahan dengan hati yang ikhlas,,,,,,tiada tekanan , budaya menepati masa perlu diterapkan,demi kebajikan murid dijamin memuaskan.
2.Bekerja dalam 1 kumpulan, kegagalan dan kejayaan milik bersama.Budaya kesepunyaan dan kejelekitan organisasi disemadikan disanubari warga SK Melati.
3. Menyediakan kemudahan buat guru untuk P&P mengikut kemampuan sekolah.
4. Dapat bertindak dengan cepat untuk memenuhi permintaan pihak atasan.
5. Menjadikan teguran dan penyeliaan sekadar tugas harian pihak pentadbiran.
6. Merapatkan hubungan dengan komuniti dan PIBG.
7. Meningkatkan Kurikulum.Kokurikulum dan 3K SK.Melati tanpa mengganggu tugasan P&p guru di kelas.

BEKERJA TANPA TEKANAN , BERDAYA SAING , MURID DIDAHULUKAN DAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN...........AMIN. TARGET 14 ORANG 5A PERLU DICAPAI.
"BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH ,BERAT SAMA DIPIKUL RINGAN SAMA DIJINJING, HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI KUMAN SAMA DICECAH"

15 hari sebagai GB 03/03/2010

Setelah 16 hari duduk di kerusi GB jiwa saya tenang mengendaliakan urusan perjalanan sekolah. Walaupun pelbagai isu perlu untuk saya menyelesaikan saya berjaya menguruskannya hasil perbincangan dengan pihak terbabit. Antara isu-isunya ialah:-
1. Ketidakpuasan hati pekerja pembersihan kerana isu gaji yang tidak memuaskan hati, En,Mustafa hanya di bayar RM 390.00 untuk bulan Januari, tiada bekalan peralatan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja harin,pembelian minyak petrol yang dibelikan dahulu bayarannya kurang apabila tuntutan dikemukan,
,
2. Isu Pengawal keselamatan - gaji dimasukkan krg bagi Feb.bayaran tertangguh ke bulan Mac.Panggil penyelia berbincang kerana Pengawal mengugut berhenti sertamerta jika tuntutan tidak dipenuhi......dapat diselesaikan atas tindakan segera & perbincangan.

3. Kertas kerja sukan sukoku diarah berbincang dgn GPK KO untuk mesy PIBG pda 5.3.2010 bagi kelulusan PIBG.

4. Pengusaha kantin bertindak menamatkan perjanjian kantin selepas cuti , digantikan oleh ipar Cikgu Lelehadri atas perbincanagan,

5. 3/3/2010 Kak Hasmah menelefon tanya khabar pengalaman jadi GB, nasihatkkan agar menerima tawaran ,....sebenarnya bagi saya yakin pada diri sendiri itulah faktor cabaran boleh dihadapi,,,,,,,,,,,,,,,,,,,bagi diriku walau terpaksa berpisah dengan suami dan anak2 tabah dan redho dengan kadha dan qadar allah.....semuanya ku hadapi dgn tabah,,,,,hubungan mesra aku dan warga pejabat menjadikan tiada masalah buat diriku sendiri di SK Melati sejak 16 hari berlalu.

Friday, February 26, 2010

Hadiah Ulang TAHUN KE 50

Pada tanggal 1 febuari 2010 aku telah menerima surat kenaikan ke 34 semasa aku dan guru-guru menjamu selera di kantin sekolah. Biasanya posmen akan terus ke pejabat untuk menyerahkan surat ke pejabat , pada hari tersebut berita tersebar dgn pantas syukur....lah hajat aku untuk keluar dari Penderas berhasil....

Friday, January 29, 2010

1 feb 2010 lambaran baru selepas konvo 16/3/2009

Pada pagi Jumaat 10.15 29/1/2010 aku terasa lapar setelah menerima kehadiran penjaga bernana Norzimah Samsudin tahun 6 menanyakan mengapa wang anaknya tidak dimasukkan ke bank, aku terkejut wang tak masuk.. aku dan PT mula menyemak ..pelik mengapa tak ada nama ,di komputer ada nama ,di penyata bank ada masuk duit rupe2nya satu muka surat dah tercicir..yang pasti baki duit dah masuk,cuma dia tak faham untuk yayasanPhg cuma sekali masuk lain2 tak ada lagi. Seorang lagi anaknya mendapat kwapm maka 3 kali wang dimasukkan, tapi setelah diterangkan dia menerimanya..

Sedang aku makan di kantin posman datang, En.Ahmad Bostaman GPK 1 membuka surat ,tiba2 surat kenaikan pangkat ke 34 aku ke SK Melati menjadi tumpuan, aku bagai tersentak...lain ditunggulain pula yang muncul....aku menerima ucapan tahniah...dari rakan guru yang ada di kantin ketika iitu. Aku bersyukur kerana permohonanku berjaya.....................................Kak An pun mengucapkan tahniah melalui SMSnya. Ptg cuba hubungi Usop gagal, bersembang dengan Ani menyatakan dpt gb. galak supaya terima, telefon Pn.Hjh Zaharah GB sri Melati alhamdulillah maklumat yg diterima amat memuaskan...aku tenang dgn perkhabaran yang diterima. 30/1/2010 AKU MASIH BERGOTONG ROYONG TERAKHIR SEBAGAI HEM DI SK PEDERAS , AKU BERTEKAD MENERIMA TAWARAN SBG GB Walau susah tapi insyaallah aku boleh.........berbekal ilmu dari IAB dan UPSI AKU PERLU MEREALISASIKAN IMPIAN MENJADI SEORANG PENGURUS SEKOLAH...................YANG PELAJAR DIDAHULKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN .