Friday, January 21, 2011

SELESAI MENYERAH TUGAS PADA 2O JANUARI 2011

Jam 7.15 aku ke SKTL menyelesaikan jadual ganti untuk hari Khamis 20/01/2011 sebelum aku meninggalkan sekolah untuk penyerahan tugas Pemangkuan aku sebagai GB di SK. Melati. Bergerak dari pam Esso di Kg Buntut Pulau aku dan cik abang menuju ke sekolah. Aku terasa jauhnya perjalanan yang pernah aku lalui selama 11 bulan yang lalu. Aku menyuarakan rasa syukur telah berakhir penanggungan ini. Aku menelefon Ani memaklumkan aku akan sampai jam 10.00 pagi , dia seronok kerna dia masih dalam proses menyedia dokumen akaun untuk ditunjukkan semasa serahan tugas berlaku. Jam 10.20 Ani sampai..aku bersembang dengan GB baru En.Muzamil ...di kala itu En Hassan dari PPD Rompin sedang memantau Pra sekolah yang agak lambat kerja-kerja pembinaannya....aku bersembang sebentar dengan En.Hasan,En Muzamil dan En.Hamdan HEM. Semasa dalam perjalanan menuju kereta aku bersembang dengan GPK 1 yang agak terkilan kerana pengganti GB seorang lelaki, Dia takut perwatakan GB sama sepertinya tidak boleh berkomunikasi untuk menegur orang2 bawahan secara berkesan...Aku memberi keyakinan kepadanya insya allah tidak ...aku yakin dengan kebolehan GB baru ada kebolehannya sendiri . Setelah semuanya siap aku dan ani terpaksa menunggu di luar pagi ,gb baru agak lewat pergerakannya. Sebelum ke Rompin paginya aku menelefon tn hj idris trimbalan PPD untuk cofrmkan kehadiranku di PPD...Oleh kerana dia tiada maka aku perlu berjumpa En.Ramlan . Sebelum ke Rompin aku menyelesaikan proses pemotongan bekalan air dan elektrik. Selepas semua selesai jam 12.30 kami menjamu selera di kedai makan berhampiran. Hampir jam 1.00 kami bergerak ke Rompin dan dengan tidak mengambil masa untuk menyelesaikan kerja penyerahan tugas. Beberapa kelemahan seperti dokumen tidak dicop atas nama aku, penyediaan dokumen yang kurang kemas menyebabkan aku bimbang degan teguran dari En.Ramlan. Ada satu dua teguran dibuatnya namun tidak menjejaskan serahan tugasku. Jam 3.20 semua kerja selesai ke4 -4 dokumen ditinggalkan untuk tindakan Tindakan Tn.Hj Idris kerana dia tiada ke C hini ada program. Kami bergerak balik jam 4.00 jam 5.15 selesai menandatangan borang nota minta untuk menyelesaikan dokumen audit. Selesai semua aku ke Kg unutk mengambil mek yang aku anggap tidak perlu lagi ditolong kerana bercakap bohong dengan aku .Dia kata kad pengenalannya tinggal rupa2nya dia tiada kad pengenalan pun. Dalam kereta dia menceritakan keburukan keluarga Azizan yang tidak bersolat,bergaul bebas dengan lelaki.....aduh pening aku...nak dibiarkan dirumahku dah tak sanggup lagi lantas terus aje ke Rumpun Makmur untuk menghantarnya . Singgah makan di rumah An kemudian singgah menjeguk ayah/ibu yg kesian aku melihat keadaan mereka...ape boleh buat ketenagan diusia tuanya diganggu kekalutan anak di sekelilingnya. Anak minah baru keluar wat...zul balek ke rmah tersebut membazir duit untuk proses perceraian ,...lantakkan le kata=kata emak jaga anak lagi awok dohle adik2 mak masih ada jadikan aku tak kuasa campur urusan mereka. Jam 10.00 balek tidur kurang sihat pening....

Tuesday, January 11, 2011

Kini dah 6 hari menghuni SKTL (11.01.2011)

wALAU BANYAK NAK FIKIR BUKAN BUAT AKU MASIH BOLEH BERTENANG UNTUK MENGHILANGKAN STRESS. MESYUARAT KURIKULUM PERTAMA 10/1/2011 TELAH DILAKSANAKAN OLEH GB DENGAN MANTAP SEKALI DENGAN POSMOTEM KEPUTUSAN THN 4,5,DAN 6 UNTUK MUHASABAH DIRI TENAGA PENGAJAR SKTL SESI 2010, TINDAKAN GB ITU BAGI AKU MEMANG PENAMBAHBAIKAN YANG AKAN MELONJAKKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK,KOKURIKULUM DAN PENGURUSAN SKTL SESI 2011. AKU BERSYUKUR KEHADIRAN AKU TIDAK MENGGUGAT SESIAPA UNTUK TERUS BERKHIDMAT DENGAN TULUS IKHLAS SEHINGGA KE AKHIR PERKHIDMATAN. AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MEMBERIKAN SEPENUH KOMETMEN BAGI KEHARMONIAN WARGA SKTL YANG AKU RASAKAN HADIAH BERHARGA DI SEPANJANG PERKHIDMATAN AKU YANG KINI MENCECAH KE TAHUN KE 29 TAHUN...MUDAHAN AKU DIPANJANGKAN UMUR,SIHAT DAN BOLEH BERIBADAT DAN BERAMAL..............

Monday, January 3, 2011

03/01/2011 melapor diri di SKTL

Kini pagi Isnin 03/01/2011aku bersyukur kepada allahsubhanahuwataala kerana kini aku bergelar GPK 1 di SKTL ,aku menerima serahtugas GPK 1 Pn.Zaiton yang berpindah ke SK SG Gau, semua berjalan lancar. Semasa ucap tama buat permulaannya aku tidak bercakap panjang...masih ramai ibubapa di perkarangan sekolah menghantar anak thn 1 memulakan sesi persekolah . Swot awal yg aku k/pasti ialah hari pertama kena diperkemas thn depan. Guru mengendalikan perhimpunan kena bersedia dgn maklumat kedudukan kelas , nama kelas, guru kelas membawa pelajar ke kelas, kedudukan Thn 1 kena dibuat di tingkat paling bawah. Kesesakan dipejabat kena dikurangkkan. PT kena bersedia untuk pungutan yuran yg dibuat pada hari persekolahan . Kaki tangat pejabat kena bersedia melayan pelanggan pda pagi tersebut.

Beberapa perkara yg ditinggalkan untuk aku buat...KG guru mungkin berubah..Jadual waktu baru kena disediakan......2.Mesy Kurikulum pertama laksana 10/01/2011 Isnin ,,,Pn.Mastura kan sedia minit lepas ...Agenda lain GPK 1 uruskan.3. Buka fAIL NKRA . fAIL SKPM dan lain2 3 penddrive diserahkan pada aku untuk dirujuk....Bertemu En Johari dari PPD Temerloh ,,,balik jam 2.30 ptg. Dapat Relex SETELAH 11 bln tak dpat senang hati bila tiada di sekolah kerana jadi gb...............