Thursday, December 23, 2010

21/12/2010 Unit Naik Pangkat

Jam 11.30 En Zulkifli Soh menanyakan tempat tinggalku..aku nyatakan di Taman Chengal dekat sekolah Tg.Lalang , dia membayangkan aku seperti akan di tempatkan di Skt sbg GPK 1, Aduh agak menyakitkan namun begitu aku redha yang pasti akun dapat balek ke Tloh kerana aku merasakan kesihatanku kini semakin terganggu..malam sakitnya sehingga menggangu tidurku. Jam 2.00 @ 3,00 pagi terbangun tak boleh tidur lagi,,,,,siangnya aku kena kerja aduh begitulah keadaannya.......Jadi tanpa gelaran gb tidak menyebabkan aku rasa terkilan ape yang penting aku dapat jaga kesihatanku.......
22/12/2010 seharian aku ke tloh dan mentakab mencari alat siaraya yang ingin dibeli...lepas zohor aku ke mentakab sambil bayar bil tel aku ke kedai stanmark auto accessories & video TV service di Mentakab dan berkenan dgn model berkenaan. RM 800.00 dapat set speaker dan microfon yang canggih untuk SK Melati. Walaupun aku penat ke sana ke sini namun aku gembira melakukannya demi dimanfaatkan oleh warga sk melati yang akan aku tinggalkan pada 1hb Jan 2011 nanti. aku relex di rumah sejak 21/12 ptg hingga 24/12/2010 namun aku masih mnjlkan urusan yang patut aku berekan.

Friday, December 17, 2010

16/17 Disember mula malas

Aku balek ke temerloh untuk memunggah barang.16/12/2010 menelefon sana sini namun membosankan untuk tahu sekolah kini aku bertekad untuk menunggu penuh sabar.....................

Wednesday, December 15, 2010

15/12/2010 (Rabu) aku pasrah

Ani menelefon jam 11.30 menyatakan dah sah dapat balek ke Jawatan Asal GPK 1 di SK Kolam.....aku tak sabar nak tahu di mana sekolah aku. Aku menelefon Tn.Haji Zulkifli Soh Unit Naik pangkat jawapannya mudah tengah cari tempat kosong di Tloh.....aku kecewa sebab seperti aku dipersalahkan kerana tidak menolak awal-awal lagi. Namun setelah aku menjawab aku telah awal lagi membuat rayuan pada unit sekolah rendah dia terpaksa akur....namun aku kecewa sikap KPM,JPN, Sumber Manusia dan SPP yng hanya memikirkan kesusahan di pihak mereka tanpa memikirkan implikasi apa yang berlaku kepada kami dan guru-guru lain yang berjawatan kerana menyambung belajar........pada usia dari 40an . Malah aku belajar ketika usia 45 thn dan 50 tahun baru dapat pengasahan perlantikan. Apabila tarikh lantik 34 (1.2.2010) Tawaran 41 April dan pengasah perlaantikan Julai dengan back dated pada1 oktober 2010...............kita pula nak disalahkan....pengurusan mereka yang carca merba tak diakuinya. 2011 usiaku 15.03.1960 51 tahun belum menduduki induksi suruh tolak 41 trima dulu 34 bila nak rasa gaji 41 tu oleh itu aku pasrah balik jadi GPK atau berjawatanpun tak ape asalkan gajiku meningkat sedikit oklah. Ape kisah tak jadi GB kepala tak pusing, tidur lena..kot....sepanjang bulan Nov- Dis 3 Mesy ya.ng dihadiri cukup menyiksakan kepala otak..................pasrah dan bersyukur ajelah

Wednesday, December 8, 2010

08/12/2010

8.55 bergerak Hospital Tloh t/mujanji anak pakar mulut kedua2 gigi garham tumbuh tak betul. Bln Februari akan cabut2 4 gigi serentak...amat mengilukan....takut...berdoa tidak ada kesan sampingan...masatu dia cuti smester pdek 1 minggu. Ingatkan pihak hospital 2 mggu awal.

Pagi juga dihubungi pt katanya gaji 41 masih gagal utk bln Dis RC keluar dari Penderas tak ada...pelik gaji di Melati dah masuk RC keluar tak ada apele keja kau org ashik menghilangkan dokumen...........salahkan PT sekolah naik biul dia orang ada2 aje..........
Hubungi PT Aziah juga pelik ape yg berlaku...........dah letih kerana urusan pemangkuan 34 yang tergantung .sepatutnya dah 11 bulan JPN dah boleh buat pengesah namun langsung tiada maklumat untuk itu tiba-tuba timbul isu kena buat pilihan kerana telah sah dilantik 41..........En Asri minta buat rayuan.........

06/12/2010 ke SPPP PT Ruziah kata tak boleh buat ape2 suruh ke Sumber Manusia KPM Jumpa PT disana . Berikan PT yang patut dihubungi 03-88847714 Cik Rosaliza berhubung rayuan yang dibuat. Jawapannya dia perlu masa untuk rujuk kes kepada bosnya...maka aku bertanya bagaimana kkekddudukan diriku kini dia kata tunggulah sebab banyak kes yang sama perlu diselesaikannnnnnn....begitulah keadaannya JPN,SPP dan sumber manual menjadikan kita seperti bola.........kena ambil masa lama untuk selesaikan masalah tapi kalau diaorg nakkkan ape2 beri tempoh yang tak munasabah langsung................hubungi sumber manusia.

Monday, December 6, 2010

06/12/2010 Ke SPP & Sumber Manusia KPM

4/05/2010 En Zuraidi singgah mengambil borang prestasi, 5/12/2010 Ani dan suami singgah ,aku masak patin dan gulai nangka berempah .Jam 3,00 bergerak ke Taman Puteri rumah cikgu Nordin Adik Ani.....jauh perjalanan hampir 3 jam kebas kaki ku. Malam makan malam tersaji setelah patin dan gulai nangkaku bersama tambah lauk lain kami menjamu selera semeja . Aku seronok melihat cikgu Din amat menggemari patin yangku masak dan isterinya suka gulai nangka. Berbakul pujian sedapnya ikan patin yg dimasak cukup rasa pedas,asam,garam sehingga dihirupnya seperti kuah sup.berhingus dan berpeluh dibuatnya...tak boleh lupa rasanya makan malam ini begitulah pujian dari semua makan patin temerloh yang dimasak oleh aku..takada cecret resepike ...............takada cuma tempoyak kena baru......baru kau aku memberi tahu cikgu Din.


06/12/2010 jam 7.35 kami bergerak ke gerai berdekatan untuk bersarapan kemudian kami menuju ke SPP , setelah kesana ke mari akhirnya kami berjaya ke Kaunter SPP dengan disambut seorang PT SETELAH berhujjah akhirnya kami diarah ke Sumber Manusia di BLOK E12 DI KPM aras 4, berbincang kami dibawa ke Unit Rayuan dan berjaya menyerahkan surat Rayuan dengan janji 8/12/2010 boleh menghubungi pegawai yg bertanggungjawab untuk keputusan rayuan dibuat. Kami bergerak balik jam 1`2.30 setelah gagal untuk menemui Pengarah Sekolah Harian Zulkifli Wazir kerana bersara. Aku bertekad untuk bertemu untuk bertemu En Isa pengarah baru dari Melaka kerana bermeryuarat.


Jam 4.30 menelefon Puan PPD Hjh Fatimah menyatakan hasil ke SPP dan meminta agar aku ditempatkan ditempat dekat rumah di Tloh. 4.55 En Ramlan menelefon bertanya sekolah mana aku hajatkan. Jam 6.0 smpai di rumah. Aku berdedia untuk kembali ke kerusi GPK

sibuk tak abis2

MESYUARAT SEKOLAH CEMERLANG DAN BERPRESTASI TINGGI

Selepas tamat menghadiri Kurus di Permain In Kuala Terengganu mulai 22 November - 25 November aku bercuti pada 26,27 dan 28 dan Isnin 29 aku ke sekolah untuk bertugas. Dimejaku penuh dengan pelbagai dokumen untuk dibaca dan diambil tindakan. Aku merujuk surat untuk menghadiri Mesyuarat Sekolah SBT. Pelbagai bahan diminta bawa laptop, marakah pep dalam dan UPSR 2010,SKPM 2010 san Annex. Aku tak tau apa itu annex tak pernah dengar aduh apeni ....risau...namun aku tak kisah. Meminta bantuan GPK 1 En.Zuraidi aku dapat menyiapkan dokumen untuk dibawa. 1.30 AKU bergegas untuk balek ke Tloh ada mesyuarat di Bilik Mesyuarat Utama Wisma Persekutuan Tloh. Dalam kelam kabut mengejar masa aku tersalah arah kiblat di surau berhampiran Kg Pangsaenam .Aku kena sembahyang semula. Kami sampai di Bilik Mesyuarat jam 3.30 ptg ...namun aku kecewa mesyuarat hanya berkaitan sukan milo di mentakab pada 5.12.2010 di Mentakab .Taman Chengal tiada wakilpun dalam semua acara....Lepas mesyuarat jumpa cikgu Din minta pandangan pelantikan aku namun di minta ke SPP.