Monday, February 6, 2012

3/2/2012 GENAP 1 TAHUN DI SKTL

Pejam celik pejam celik tanggal 3/2/2012 genaplah setahun aku menjadi penghuni SKTL. Bila direnungkan sejak menjejak kaki sehingga ke hari ini bertarikh 6 Februari /13 Rabiulawal aku tidak hentinya menjalankan tugas harian tanpa masa untuk bercuti. 2011 adalah rekod dalam perkhidmatan tidak mengambil cuti rehat khas dan cuma 2 kali MC kerana kesakitan akibat kepenatan bertugas. Pada bulan Disember aku tidak balik menziarahi bapa mertua kerana menyiapkan buku perancangan 2012. Kampungku sendiri sejarak 38km pun aku jarang balek untuk tidak menjadi pengacau ketenteraman warga kampung. Peristiwa menyedihkan persengketaan sebelum perkhwinan angah pada 13/6/2011 memberi pengajaran agar tidak mencampuri urusan warga kampung walaupun pada hakikatnya aku tidak bersalah atas salah faham yang berlaku......Namun aku pasrah memang dalam adik beradik ada yg menjadi anak emas....maka aku sedar aku bukan anak emas..............namun sebagai anak aku tidak perlu berkecil hati atau ambil hati...hubungan baik aku jaga walaupun dilubuk hati aku amat sedih...kerana seorang ibu tidak memahami hati anaknya sendiri.....ibu tidak hadir...Jaafar tidak hadir ...namun aku bersyukur ramai lagi saudara mara lain memberikan kerjasama dan majlis berjalan lancar.....alhamdulillah. Kini angah sedang hamil masuk 3 bln smugggggaa cucu kedua ku akan selamat dilahirkan...amin