Saturday, October 27, 2012

OKTOBER 2012

Pejam celik-pejam celik kini 2012 telah  5 tahun berlalu  aku pernah menjejakkan kaki ke tanah suci 2006 dan balek awal 2007.  Aku bersyukur dapat berada 47 hari sepanjan tempuh mengerjakan ibadah haji.  Setelah 3 hari sampai ke tanah air dalam keadaan yang masih kurang sihat batuk-batuk panggilan menyambung pengajian ke UPSI peru diteruskan. Sepanjang di Madinah dan Mekkah semua uijian dapat dilalui dengan izin allah...syukur mudahan ibadah hajiku adalah ibadah yang mabrur .  Kini aku merasakan perlu mengumpul duit untuk sekali lagi menghadirkan diri ke sana.....ya allah mudahan hajatku ini akan aku cappai dalam tempuh 3-4 tahun lagi....amin..untuk membuat umrah pun ok.

Friday, September 14, 2012

walau menyepi kenangan tetap membara.

#links Asalamualaikum buat sahabat semua...walau menyepi tapi kenangan tetap terpahat dalam ingatan , Pada akhir Jun saya sempat bertemu Tengku Adenan kerana menghantar anak Ke UMT Terengganu, bemalam  di rumah barunya....dan terhutang budi  kerana menguruskan motorsikal anak yang tiba-tiba pancit  di perjalanan ...kesian tengku terpaksa  menarik motor untuk mengisi angin......terimakasih dan mohon maaflah tengku....hanya allah akan membalas budimu..

      Untk Nafsiah maaf tak berkesempatan untuk hadir semoga kebahagiaan menyinari seluruh keluarga..
Buat Yati Rasul  terima kasih sudi berkunjung ........
 
       SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN YANG MURNI BUAT CIKGU USOP......SEMOGA APA YANG DIHAJATKAN AKAN TERMAKBUL.


Thursday, March 15, 2012

15/03/19/60 - 15/03/2012 genap 52

Kini genap usia aku 52 tahun jika menghitung perkhidmatan persaraan akan ku ambil pada 15/03/2016 tinggal 3 tahun ....untuk ke 56 semuga aku akan tabah menjalankan tugas , sihat dan dapat beribadat sehingga penghujung usiaku....Aku berpuasa hari ini untuk menzahirkan kesyukuran pada allah.....aku bersiap untuk balik ke Melaka ...jam 3.00 menerima panggilan dari SMV B memaklumkan Muhammad Nur Hakim dibuang dari asrama kerana memiliki 5 kotak rokok....pemaklum adalah kakaitangan pejabat sekolah. Aku kecewa tindakan waden yang tidak memaklumkan lebih awal...memanggil ibubapa ke sekolah tindakan yang tidak mengikut prosedur perlanggaran disiplin pelajar sekolah .....ALIH2 TELEFON memberitahu oleh bukan waden....GPK HEM atau Pengetua sendiri. Kejadian ini bukan pertama kali terjadi ..pelajar tidak di ambil untuk balik ke asrama setelah mendapatkan rawatan di hospital...siasatan tidak teliti salahlaku pelajar juga surat buang asrama dihantar kepada penjaga....melihat pada pencapaiannya rasanya mahu shaja menukarkan ke sekolah harian biasa di Temerloh..Apa2 pun seandainya rayuan gagal untuk menetap di asrama tak pasti ape yg akan berlaku pada 19/03/2012 nanti............aku batalkan balek ke Melaka kerana Hakim ke luar membawa kereta MN tanpa ke ceruk mana di duduk serata TJ dan Kg Paya Kecik tak jumpa. Balek jam 6.30 kena rotan ....untuk pengajaran ....demi masa depan...semoga berubah untuk SPM 2012 ini.

Monday, February 6, 2012

3/2/2012 GENAP 1 TAHUN DI SKTL

Pejam celik pejam celik tanggal 3/2/2012 genaplah setahun aku menjadi penghuni SKTL. Bila direnungkan sejak menjejak kaki sehingga ke hari ini bertarikh 6 Februari /13 Rabiulawal aku tidak hentinya menjalankan tugas harian tanpa masa untuk bercuti. 2011 adalah rekod dalam perkhidmatan tidak mengambil cuti rehat khas dan cuma 2 kali MC kerana kesakitan akibat kepenatan bertugas. Pada bulan Disember aku tidak balik menziarahi bapa mertua kerana menyiapkan buku perancangan 2012. Kampungku sendiri sejarak 38km pun aku jarang balek untuk tidak menjadi pengacau ketenteraman warga kampung. Peristiwa menyedihkan persengketaan sebelum perkhwinan angah pada 13/6/2011 memberi pengajaran agar tidak mencampuri urusan warga kampung walaupun pada hakikatnya aku tidak bersalah atas salah faham yang berlaku......Namun aku pasrah memang dalam adik beradik ada yg menjadi anak emas....maka aku sedar aku bukan anak emas..............namun sebagai anak aku tidak perlu berkecil hati atau ambil hati...hubungan baik aku jaga walaupun dilubuk hati aku amat sedih...kerana seorang ibu tidak memahami hati anaknya sendiri.....ibu tidak hadir...Jaafar tidak hadir ...namun aku bersyukur ramai lagi saudara mara lain memberikan kerjasama dan majlis berjalan lancar.....alhamdulillah. Kini angah sedang hamil masuk 3 bln smugggggaa cucu kedua ku akan selamat dilahirkan...amin