Thursday, March 15, 2012

15/03/19/60 - 15/03/2012 genap 52

Kini genap usia aku 52 tahun jika menghitung perkhidmatan persaraan akan ku ambil pada 15/03/2016 tinggal 3 tahun ....untuk ke 56 semuga aku akan tabah menjalankan tugas , sihat dan dapat beribadat sehingga penghujung usiaku....Aku berpuasa hari ini untuk menzahirkan kesyukuran pada allah.....aku bersiap untuk balik ke Melaka ...jam 3.00 menerima panggilan dari SMV B memaklumkan Muhammad Nur Hakim dibuang dari asrama kerana memiliki 5 kotak rokok....pemaklum adalah kakaitangan pejabat sekolah. Aku kecewa tindakan waden yang tidak memaklumkan lebih awal...memanggil ibubapa ke sekolah tindakan yang tidak mengikut prosedur perlanggaran disiplin pelajar sekolah .....ALIH2 TELEFON memberitahu oleh bukan waden....GPK HEM atau Pengetua sendiri. Kejadian ini bukan pertama kali terjadi ..pelajar tidak di ambil untuk balik ke asrama setelah mendapatkan rawatan di hospital...siasatan tidak teliti salahlaku pelajar juga surat buang asrama dihantar kepada penjaga....melihat pada pencapaiannya rasanya mahu shaja menukarkan ke sekolah harian biasa di Temerloh..Apa2 pun seandainya rayuan gagal untuk menetap di asrama tak pasti ape yg akan berlaku pada 19/03/2012 nanti............aku batalkan balek ke Melaka kerana Hakim ke luar membawa kereta MN tanpa ke ceruk mana di duduk serata TJ dan Kg Paya Kecik tak jumpa. Balek jam 6.30 kena rotan ....untuk pengajaran ....demi masa depan...semoga berubah untuk SPM 2012 ini.

No comments:

Post a Comment