Friday, January 21, 2011

SELESAI MENYERAH TUGAS PADA 2O JANUARI 2011

Jam 7.15 aku ke SKTL menyelesaikan jadual ganti untuk hari Khamis 20/01/2011 sebelum aku meninggalkan sekolah untuk penyerahan tugas Pemangkuan aku sebagai GB di SK. Melati. Bergerak dari pam Esso di Kg Buntut Pulau aku dan cik abang menuju ke sekolah. Aku terasa jauhnya perjalanan yang pernah aku lalui selama 11 bulan yang lalu. Aku menyuarakan rasa syukur telah berakhir penanggungan ini. Aku menelefon Ani memaklumkan aku akan sampai jam 10.00 pagi , dia seronok kerna dia masih dalam proses menyedia dokumen akaun untuk ditunjukkan semasa serahan tugas berlaku. Jam 10.20 Ani sampai..aku bersembang dengan GB baru En.Muzamil ...di kala itu En Hassan dari PPD Rompin sedang memantau Pra sekolah yang agak lambat kerja-kerja pembinaannya....aku bersembang sebentar dengan En.Hasan,En Muzamil dan En.Hamdan HEM. Semasa dalam perjalanan menuju kereta aku bersembang dengan GPK 1 yang agak terkilan kerana pengganti GB seorang lelaki, Dia takut perwatakan GB sama sepertinya tidak boleh berkomunikasi untuk menegur orang2 bawahan secara berkesan...Aku memberi keyakinan kepadanya insya allah tidak ...aku yakin dengan kebolehan GB baru ada kebolehannya sendiri . Setelah semuanya siap aku dan ani terpaksa menunggu di luar pagi ,gb baru agak lewat pergerakannya. Sebelum ke Rompin paginya aku menelefon tn hj idris trimbalan PPD untuk cofrmkan kehadiranku di PPD...Oleh kerana dia tiada maka aku perlu berjumpa En.Ramlan . Sebelum ke Rompin aku menyelesaikan proses pemotongan bekalan air dan elektrik. Selepas semua selesai jam 12.30 kami menjamu selera di kedai makan berhampiran. Hampir jam 1.00 kami bergerak ke Rompin dan dengan tidak mengambil masa untuk menyelesaikan kerja penyerahan tugas. Beberapa kelemahan seperti dokumen tidak dicop atas nama aku, penyediaan dokumen yang kurang kemas menyebabkan aku bimbang degan teguran dari En.Ramlan. Ada satu dua teguran dibuatnya namun tidak menjejaskan serahan tugasku. Jam 3.20 semua kerja selesai ke4 -4 dokumen ditinggalkan untuk tindakan Tindakan Tn.Hj Idris kerana dia tiada ke C hini ada program. Kami bergerak balik jam 4.00 jam 5.15 selesai menandatangan borang nota minta untuk menyelesaikan dokumen audit. Selesai semua aku ke Kg unutk mengambil mek yang aku anggap tidak perlu lagi ditolong kerana bercakap bohong dengan aku .Dia kata kad pengenalannya tinggal rupa2nya dia tiada kad pengenalan pun. Dalam kereta dia menceritakan keburukan keluarga Azizan yang tidak bersolat,bergaul bebas dengan lelaki.....aduh pening aku...nak dibiarkan dirumahku dah tak sanggup lagi lantas terus aje ke Rumpun Makmur untuk menghantarnya . Singgah makan di rumah An kemudian singgah menjeguk ayah/ibu yg kesian aku melihat keadaan mereka...ape boleh buat ketenagan diusia tuanya diganggu kekalutan anak di sekelilingnya. Anak minah baru keluar wat...zul balek ke rmah tersebut membazir duit untuk proses perceraian ,...lantakkan le kata=kata emak jaga anak lagi awok dohle adik2 mak masih ada jadikan aku tak kuasa campur urusan mereka. Jam 10.00 balek tidur kurang sihat pening....

No comments:

Post a Comment