Wednesday, June 23, 2010

KURSUS NKRA 22/06/2010 - 23/06/2010

Dalam kesibukan mengurus rumahtangga ,makan minum suami dan anak-anak aku ke hospital along di rawat kerana masalah pendarahan sejak sabtu 19/06/2010. Sabtu aku gagahkan juga ke kebun menanam pokok gharu. seronok cik abang aku ,hakim dan angah menolongnya pada hari ini. Ahad aku ke pekan sari membeli belah lauk pauk untuk anak2 yang akan ditinggalkan.
Siapkan makanan untuk along jam 1.00 aku terus ke hospital dan siap sedia untuk terus balek ke Melati. Jam 2.00 aku bergerak dari hospital, oleh kerana perjalanan banyak kereta aku sampai agak lewat jam 4.00 ptg. Aku berkemas untuk ke Rompin , bergerak jam 5.30 ke Muazam dan tiba jam 6.15 ptg. Cigu Normah GB SK Aur telah menunggu untuk bermalam di rumahnya di Bukit Ibam. Semalaman aku tidak boleh melelapkan mata ..badan diserang gatal-gatal.....aku resah mendengar dengkoran Cikgu Normah sehingga subuh.........Jam 6.30 pagi kami bergerak ke Rompin dengan keretaku sendiri alhamdulillah kami selamat sampai lebih awal lagi................

No comments:

Post a Comment