Tuesday, August 24, 2010

Tersiksa di Ramadhan 201

Kejemuan dah mula melanda diriku, setiap minggu berulang-alik ke Temeloh dan Ke Melati , datang dan pergi memandu sejam setengah sekali perjanan untuk sampai ke sekolah. Sampai di rumah terus menjalankan keja2 rumah ,mengemas, membasuh , memasak dan lain-lain. Kadang-kadang tersa luluh seluruh anggotaku ini. Tapi aku bersyukur kepada allah walaupun terasa kesakitan ditangguh hatiku puas dapat melaksanakan urusan tersebut.
kadang kala aku rela balik subuh demi menyiapkan keperluan makan minum suami dan anak-anak. Tapi termampukan aku berterusan begini... malam bersendirian di rumah sewaan usangku. Sekali lagi bila ku renungkan aku juga kena bersyukur kepada allah ....kerana semuanya atas kehendaknya belaka.....Aku yang membuat pilihan mengisi borang unutk jadi GB. Kadang-kadang terasa jemu menguruskan keja2 sbg GB ini. Aaku biasa dgn kesibukan cara aku sendiri.....Kini masa ku terbatas untuk diriku sendiri...aku perlu proaktif memikirkan semuanya. Tak duduk di kerusi ini aku rasa bersalah kerana dah banyak menghabiskan masa belajar dan akan mula menikmati gaji yg lebih besar hasil pengorbanan suami, anak -anak malah diriku sendiri yang berulang azlik dari SK Kuala Medang, SK LKTP J engka 24 dan Penderas. Kini aku sebagai GB SK Melati telah 8 bulan berlalu.
P elbagai ranjau ,isu yang aku dah tempuh,untuk melonjakkan pencapaian UPSR Thn 6 aku kena banyak bersabar dgn pelbagai situasi dan katagori keperibadian guru yang ada. Hanya allah sahaja yang tahu ....sikap segelintirnya yang amat susah untuk berubah ke sikap yang membanggakan dalam aspek p&p dan diiplin diiri.......kalau boleh diundur jadi guru biasa pun ada banyak hikmahnya.....bila duduk di tangga ini nikmat ada di mana-mana tangganya jika kita sabar dan redho.....aku serahkan diriku padamu ya allah.....

No comments:

Post a Comment