Tuesday, August 3, 2010

PROGRAM LAWATAN GURU-GURU BESAR

Hari ini 3 org sahaja GB-GB Zon Bandar Tun Razak berjaya memenuhi pelaksanaan Program Lwatan Cakna UPSR ke sekolah -sekolah di zon Bandar Tun Razak. SK Melati adalah sekolah pertama yg dilawati. En Mat Seman GB Keratong 3 paling awal tiba jamm9.00 pagi, ketika itu aku berada di 3B Kelas Muzik,,,,aku menulis seni kata lagu Anaklah Ayam dan menyanyikan lagu tersebut supaya murid dapat iramanya....kemudian aku bergegas ke Tapak perhimpunan .Cikgu Hamdan diamanahkan menyambut tetamu tersebut sebelum ketibaanku..beberapa minit kemudian En Samidi GB Keratong 2 tiba bersama Pn.Wan Gayah GB Keratong 5& 5. Kami ke kantin menikmatan sarapan pagi terlebih dahulu memandangkan jam 11 kami akan ke SK Bukit Serok GB nya tidak dapat hadir kerana isterinya masuk wad di Muazzam kerana radang hati pada subuh tadi.

Aku memulakan majlis dengan tanpa banyak celoteh kerana murid dah selalu benar menikmati sajian halua telinga dari aku.....dimulakan dgn Pn Wan Gayah mengigatkan tentang tarikh UPSR yg hanya tinggal 48 hari dihitung cuti dibahagikan dgn 5 mata Pel hanya tinggal 6 hari bagi setiap m/p......bagus juga motivasinya....Lepas Pn. Wan Gayah, En Samidi GB Keratong 2 mengigatkan tentang keredhoaan ibubapa dan guru dlm menempuh hidup ini....selepas En.Samidi giliran EnMat SemanGB yg kepalanya dah banyak tak berambut...dari Jerantut....Dia bertanyakan jumlah anak mata tangga yg ada di tangga sekolah.........mengaitkan dengan tangga laluan UPSR murid2 baru nak mula nak melangkah..........
Jam 11.00 kami bergerak ke Bukit Seruk disambut oleh GPK 1 Tn.Haji Nodin ,Pn Jamiah GPK KO dan beberapa guru, 40 calon 2 dah boleh dpt 5A , aku memberikan motivasi pengalaman di SK Penderas utk jadi sek asli cemerlang ....mereka tidak mustahil semua kemudahan sama tiada bezanya....12.00 tamat untuk ke dapur asrama makan tgh hari ok masakannya dan layanannya bagus dr tukang masaknya....jam 1.30 aku baleh membawa beg ...di sek ku aku tidak menyediakan apa2............matlamatnya pogram bukan hadiah dan ganjaran tiada duit semuga semua faham GB2 ,,,kita sama aje ............vitamin krg. Esok aku akan ke Bank dan hospital....

No comments:

Post a Comment