Sunday, August 1, 2010

1HB FEB KINI 1HB OGOS

Kini genap 6 bulan masuk bulan ke 7 aku bergelar GB di SK Melati. Pejam celik pejam celik ke Temerloh dan Melati setiap minggu. Minggu ini balek ke Temerloh Jumaat sekadar melepas rindu melihat anak dan rumah pagi sabtu jam 8.00 pagi bergegas balek ke Melati untuk membawa Cikgu Muhammad Gau ke Bengkel menjawab BM UPSR di sekolah aku. Di perjalanan singgah di Restaurent Anjung Bera untuk sarapan pagi.....sampai di sekolah tepat jam 10.00 pagi, slot BM akan dimulakan jam 10.30 pagi. Berehat sbntar di pejabat , bersembang tentang SK Gau yang melaksanakan solat Hajat di Padang ...ada juga benarnya elok juga diikuti untuk membawa murid Thn 3,4,5, dan 6 serentak setiap Jumaat. Memeberi murid minuman doa sblm peperiksaan dijalankan juga ada baiknya untuk murid yakin akan pertolongan allah semasa menjawab soalan peperiksaan....insya allah sumber kewangan akan dicari untuk dilaksanakan hajat itu.
Pagi Ahad jam 8.00 aku ke sek. duduk di bilik memasak bersama pn.Rosni, Zaini dan Fatimah,,cuma Makcik tak dtg kerana mgkin sibuk...pekerja pembersihan yang amat komited dan ringan tulang. Nasi goreng telah dimasak oleh Pn.Mahani yg begitu gigih menjalankan kerja2 memasak bila ada aktiviti sekolah...selain beliau Pn. Oslina yang anaknya 3 orang tak menjadi alasan untuk menerima tggungjawab itu...Pn Siti Zubaidah,Pn Norhayati,Pn Norhasliana, Pn Julida, Cik Tn Azizah, Cik Anita dan Pn Wan Roziati. Inilah guru-guru SK Melati yg amat komited tentang tugas mereka....agaknya itulah rezeki aku yg juga spt mereka tidak berkira untuk murid dan sekolah maka dapat juga guru-guru yg sedia berkhidmat seperti yang pernah aku lakukannya semoga semua diberkati allah ,
Kini aku telah melahirkan lagu sekolah dan telah mula dinyanyikan pada perhimpunan 19 julai 2010. berbunyi: SK MELATI SEKOLAH BERWAWASAN
TEMPAT KAMI NENUNTUT ILMU
DEDIKASI PENUH ILTIZAM
UNTUK MAJU MAJU DAN JAYA
WARGA MELATI SUDAH BERSATU PADU
BERIKRAR TAAT SETIA
JUJUR BERKHIDMAT SETIAP MASA
MELATI MAJU JAYA (Ulang 2 X)
Pabila ditanya untuk pendapat warga sekolah mereka kata ok...maka kekal lagu itu adalah lagu sekolah melati yang amat dikasihi seluruh warga sekitarnya.

No comments:

Post a Comment