Wednesday, December 15, 2010

15/12/2010 (Rabu) aku pasrah

Ani menelefon jam 11.30 menyatakan dah sah dapat balek ke Jawatan Asal GPK 1 di SK Kolam.....aku tak sabar nak tahu di mana sekolah aku. Aku menelefon Tn.Haji Zulkifli Soh Unit Naik pangkat jawapannya mudah tengah cari tempat kosong di Tloh.....aku kecewa sebab seperti aku dipersalahkan kerana tidak menolak awal-awal lagi. Namun setelah aku menjawab aku telah awal lagi membuat rayuan pada unit sekolah rendah dia terpaksa akur....namun aku kecewa sikap KPM,JPN, Sumber Manusia dan SPP yng hanya memikirkan kesusahan di pihak mereka tanpa memikirkan implikasi apa yang berlaku kepada kami dan guru-guru lain yang berjawatan kerana menyambung belajar........pada usia dari 40an . Malah aku belajar ketika usia 45 thn dan 50 tahun baru dapat pengasahan perlantikan. Apabila tarikh lantik 34 (1.2.2010) Tawaran 41 April dan pengasah perlaantikan Julai dengan back dated pada1 oktober 2010...............kita pula nak disalahkan....pengurusan mereka yang carca merba tak diakuinya. 2011 usiaku 15.03.1960 51 tahun belum menduduki induksi suruh tolak 41 trima dulu 34 bila nak rasa gaji 41 tu oleh itu aku pasrah balik jadi GPK atau berjawatanpun tak ape asalkan gajiku meningkat sedikit oklah. Ape kisah tak jadi GB kepala tak pusing, tidur lena..kot....sepanjang bulan Nov- Dis 3 Mesy ya.ng dihadiri cukup menyiksakan kepala otak..................pasrah dan bersyukur ajelah

No comments:

Post a Comment