Monday, December 6, 2010

06/12/2010 Ke SPP & Sumber Manusia KPM

4/05/2010 En Zuraidi singgah mengambil borang prestasi, 5/12/2010 Ani dan suami singgah ,aku masak patin dan gulai nangka berempah .Jam 3,00 bergerak ke Taman Puteri rumah cikgu Nordin Adik Ani.....jauh perjalanan hampir 3 jam kebas kaki ku. Malam makan malam tersaji setelah patin dan gulai nangkaku bersama tambah lauk lain kami menjamu selera semeja . Aku seronok melihat cikgu Din amat menggemari patin yangku masak dan isterinya suka gulai nangka. Berbakul pujian sedapnya ikan patin yg dimasak cukup rasa pedas,asam,garam sehingga dihirupnya seperti kuah sup.berhingus dan berpeluh dibuatnya...tak boleh lupa rasanya makan malam ini begitulah pujian dari semua makan patin temerloh yang dimasak oleh aku..takada cecret resepike ...............takada cuma tempoyak kena baru......baru kau aku memberi tahu cikgu Din.


06/12/2010 jam 7.35 kami bergerak ke gerai berdekatan untuk bersarapan kemudian kami menuju ke SPP , setelah kesana ke mari akhirnya kami berjaya ke Kaunter SPP dengan disambut seorang PT SETELAH berhujjah akhirnya kami diarah ke Sumber Manusia di BLOK E12 DI KPM aras 4, berbincang kami dibawa ke Unit Rayuan dan berjaya menyerahkan surat Rayuan dengan janji 8/12/2010 boleh menghubungi pegawai yg bertanggungjawab untuk keputusan rayuan dibuat. Kami bergerak balik jam 1`2.30 setelah gagal untuk menemui Pengarah Sekolah Harian Zulkifli Wazir kerana bersara. Aku bertekad untuk bertemu untuk bertemu En Isa pengarah baru dari Melaka kerana bermeryuarat.


Jam 4.30 menelefon Puan PPD Hjh Fatimah menyatakan hasil ke SPP dan meminta agar aku ditempatkan ditempat dekat rumah di Tloh. 4.55 En Ramlan menelefon bertanya sekolah mana aku hajatkan. Jam 6.0 smpai di rumah. Aku berdedia untuk kembali ke kerusi GPK

No comments:

Post a Comment